Isteri Nabil Ahmad keguguran

PETALING JAYA : Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad berkongsi khabar duka isterinya, Zira Ayub keguguran selepas mengalami pendarahan, Khamis lalu.

Nabil,38, dan isterinya, reda dengan ketentuan Allah SWT biarpun kandungannya sudah tiga bulan.

Nabil bersama isterinya, Zira Ayub.

Terdahulu, Zira berkongsi khabar duka itu menerusi posting di Instagram sempena sambutan ulang tahun kelahirannya.

“Salah satu sambutan harijadi yang paling diingati. Ingatkan nak tambah seorang lagi ahli keluarga, namun nampaknya tiada rezeki pula.

Zira berkongsi berita kegugurannya pada hari lahirnya.


“InsyaAllah… saya percaya ada rezeki lain kali, kita kena cuba lagi @nabilzira

“Saya percaya Allah adalah sebaik-baik perancang. Sayang daddy (Nabil), Mika, Babyna, Mishall dan semua rakan-rakan yang menghantar sokongan. Terima kasih semua!,” luah Zira di akaunnya.

Nabil bersama isteri dan anak-anaknya.

Nabil mendirikan rumah tangga dengan Nazirah, 33, pada 30 September 2011.

Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Naira Mikayla, 9, Leyla Medina, 6, dan Mishall Imani, 2 tahun.

Author

Share