Cara penjagaan kereta paling mudah dan WAAW untuk kereta anda

MEMILIKI kenderaan seperti motor ataupun kereta adalah satu keperluan terpenting pada zaman millennium kerana akan memudakan kita untuk bergerak ke satu tempat ke tempat yang lain.

Selain memiliki kenderaan, kita juga harus tahu serba sedikit untuk menyelenggara dengan baik supaya motorsikal ataupun kereta anda tahan lama dan lasak.

WaaW! ingin kongsikan beberapa tip mudah dan senang penjagaan kereta supaya tahan lama dan boleh memberikan prestasi yang optimum sepanjang perjalanan anda.

TAYAR

Anda harus memastikan tekanan udara pada tayar mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Tekanan udara yang tidak tepat boleh menyebabkan tayar anda mudah retak dan pecah.  Selain itu, permukaan tayar anda akan haus lebih cepat(tayar botak).

Anda boleh mengukur tahap kehausan tayar anda dengan melihat tanda di bahagian tengah bunga tayar tersebut. Pastikan bunga pada tayar tidak kurang dari takat tanda. Periksa tayar sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Tip paling penting, sebelum memulakan perjalanan periksa dahulu keadaan tayar pastikan kadar angin tayar mencukupi dan dalam keadaan baik.

MINYAK ENJIN

Minyak enjin atau pelincir akan memastikan pemanduan kereta anda senyap dan perjalanan jauh tidak menjadi masalah. Minyak enjin juga harus ditukar mengikut tempoh masa pengunaan atau jumlah jarak perjalanan yang ditetapkan mengikut jenis minyak pelincir pilihan anda.

Disini ada beberapa jenis minyak pelincir yang perlu anda tahu

  1. Minyak enjin jenis semi-sintetik boleh digunakan sehingga 5,000 km atau 3 bulan kebiasaannya.
  • Minyak enjin sintetik penuh boleh digunakan sehingga 10,000 km atau 6 bulan, bergantung kepada penggunaan kita.

Jangan biarkan minyak tersebut di dalam enjin kereta melebihi had yang ditetapkan kerana ini boleh meninggalkan keladak yang akan melekat dan menebal pada bahagian dalam enjin. Ini boleh menyebabkan pelbagai masalah lain dan kerosakan kritikal pada enjin.

Sedikit info, pastikan enjin anda tidak mengeluarkan sebarang asap putih dan jika asap itu keluar, bermakna enjin kereta anda berada dalam tidak sihat dan perlukan “overhaul”. Sila dapatkan nasihat daripada bengkel sekiranya perkara itu terjadi pada kereta anda.

PALAM PENCUCUH (SPARK PLUG)

Api merupakan faktor utama paling penting dalam sistem kereta, jadi untuk memastikan sistem api dalam kereta berjalan dengan lancar, penjagaan palam pencucuk atau (spark plug) perlu titik beratkan bagi memastikan kereta tiada sebarang sentakan “jerking”

Palam pencucuk harus ditukar selepas 20,000 km perjalanan. Jika anda menggunakannya sehingga 30,000 hingga 40,000 km masih tidak menjadi masalah. Tetapi jika melebihi 40,000 km, elektrod di dalam palam pencucuh akan menipis, menyebabkan cucuhan api di dalam silinder enjin tidak lengkap atau lemah serta akan membuat “jerking”.

PENAPIS UDARA (AIR FILTER)

Perkara paling mudah dan senang untuk dilakukan pada kereta anda iaitu menukar penapis udara yang berada dalam bonet hadapan kereta.

Perlu ditukar setiap 20,000km kerana untuk melancar penapisan penyedutan udara luar masuk ke injection.

Boleh dilakukan sendiri ataupun tukar di bengkel.

MINYAK GEAR (GEAR OIL)

Bagi mereka yang menggunakan transmisi manual, anda tidak memerlukan ATF tetapi sebaliknya memerlukan minyak gear. Minyak ini boleh ditukar setiap 60,000km perjalanan.

PENYEJUK RADIATOR (RADIATOR COOLANT)

Penyejuk radiator merupakan perkara yang sering terlepas pandang, ini kerana kebanyakkan pengguna hanya menggunakan air biasa sebagai pengganti penyejuk radiator ini.

Penyejuk radiator ini sangat berguna untuk bantu menyejukkan sistem radiator anda

Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau dan boleh ditukar untuk setiap perjalanan 60,000km sekali.

Penggunaan coolant berbanding air biasa akan menjadikan enjin lebih lambat panas dan juga tak mudah mendidih. Jika boleh, anda juga boleh mongosongkan tangki radiator semasa menukar coolant (Radiator flush).

Sedikit info,sekiranya cecair penyejuk yang telah bertukar warna kepada warna coklat bermaksud karat telah menjangkiti sistem radiator kereta anda.

TALI SAWAT (BELT)

Tali sawat atau “belting” sangat penting dan memerlukan pemerhatian yang khusus, kerana merupakan nadi penggerak kepada kereta anda.

Terdapat beberapa jenis tali sawat dalam kereta anda yang lebih dikenali sebagai timing belt. Anda perlu memastikan tali sawat tidak haus dan longgar.

Jika tali sawat longgar,makan akan mengakibatkan bunyi nyaring pada bahagian enjin, serta kalau dibiarkan begitu saja besar kemungkinan tali sawat tersebut akan terputus dan mengakibatkan engine anda mengalami kerosakan besar.

Servis tali sawat anda jika ini berlaku dan tukar sekiranya sudah sampai masa yang ditetapkan.

BREK

Anda perlu memeriksa “brake disc” serta lapisan brake disc setiap 15000 km. Jika lapisan pad kelihatan menipis hingga hampir pada “backing plate”, pad perlu diganti. Kadar kehausan ketebalan pelapik pad brek yang dibenarkan adalah tidak kurang 2 milimeter (mm).

Sekiranya ketebalan pelapik brek berkurangan jadi hujung klip akan bergesel dan  menyentuh “brake disc” lalu akan keluarkan bunyi  nyaring kuat.

Jika tidak, pelbagai masalah akan timbul antaranya “brake disc” akan mengalami kesan calar yang sangat banyak, “brake disc” akan hangit (terbakar) meninggalkan kesan hitam kebiruan dan ini akan menyebabkan “less effectiveness of braking system”.

 Untuk lebih mantapkan sistem brek kereta anda mungkin boleh menukar kepada “brake disc” biasa kepada “brake disk” (racing atau performance part ) supaya dapat lebih cengkaman ketika brek.

Diharap dengan tip dan perkongsian ini dapat memberikan maanfaat kepada semua pengguna dan dapat menjaga kereta anda mengikut tip yang kami berikan ini, mulakan perjalanan dengan selamat dan pastikan kereta anda berada dalam keadaan mantap di atas jalan raya.

Author

Share