10 Kdrama yang paling WAAW! #Siri 3

DUA minggu lepas berturut-turut kami telah senaraikan 20 Kdrama yang WaaW! untuk anda layan, untuk minggu ini dalam siri 3 kami bawakan 10 lagi cadangan Kdrama yang mampu membuatkan anda ketagih untuk menonton dan melekat depan tv.

VAGABOND

Drama arahan Yu In-Sik ini bergenre aksi dan mempunyai 16 episode 

Drama ini mengisahkan seorang lelaki bernama Cha Dalgeun yang mahu menyiasat misteri kapal terbang terbang terhempas, dimana salah seorang mangsa nahas tersebut adalah anak buahnya Hoon.

Cha Dalgeun merupakan seorang pelakon lagak ngeri (stuntman) dan dia menjaga Hoon selepas kematian abangnya. Hoon sangat aktif dalam taekwando. Suatu hari persatuannya telah mendapat jemputan untuk mengadakan demo taekwando di Morrocco namun sewaktu ke negeri tersebut telah berlaku tragedi kapal terbang terhempas yang mengorbankan semua anak kapal.

Ekoran daripada itu, Dalgeun mula menyiasat kes ini dan telah terjumpa satu bukti yang menunjukkan terdapat “terrorist” dalam kapal terbang tersebut. Dia cuba memberitahu dan mendedahkan bukti tersebut namun tiada siapa yang percaya dan pihak kerajaan juga seperti menutup mata mengenai kes ini. Dia tekad untuk meneruskan mencari dalang sebenarnya meskipun nyawanya dalam terancam.

Antara barisan pelakon untuk drama ini adalah Lee Seung-gi, Bae Suzy, Shin Sung-rok

THE KING ETERNAL MONARCH

Drama arahan  Baek Sang-hoon , Jung Ji-hyun, Yoo Je-won ini bergenre fantasi  dan mempunyai  16 episode

Drama ini mengisah kan Lee Gon (Lee Min-ho) yang merupakan Maharaja Kerajaan Corea zaman moden, dia berusaha untuk memutuskan halangan yang terjadi antara Republik Korea yang wujud sebagai pengganti Kerajaan.

Dia telah bertemu seorang detektif Jung Tae-eul (Kim Go-eun) yang dia kenali dari kad pengenalan yang diperolehi semasa pembunuhan ayahnya pada dia masih kecil.

Pakcik saudaranya iaitu Lee Gon, Lee Lim (Lee Jung-jin) merupakan individu yang membunuh raja sebelum ini.

Lee Gon berusaha merebut seruling buluh sakti (Manpasikjeok) yang diturunkan dari nenek moyang mereka. Dia mahu hidup selama-lamanya dan memiliki dunia dalam genggamannya. Lee Gon, yang telah menyaksikan pembunuhan ayahnya sendiri dan berjaya mendapatkan beberapa seruling buluh sakti, sementara Lee Lim melarikan diri ke dunia yang selari.

Di dunia yang selari, Lee Lim telah bertemu dengan individu yang serupa dengannya kemudian dia membunuh dan membawa orang itu ke Maharaja Korea.

Sebagai putera mahkota, Lee Gon mesti menggantikan takhta ayahnya dan menjadi raja pada usia muda. Tugas pertamanya adalah kebumikan jenazah ayahnya. Lee Gon membesar menjadi raja yang pintar dan berkarisma. Selain menjadi raja, dia juga terkenal sebagai saintis matematik yang genius. Namun, Lee Gon mengalami trauma kesan daripada pembunuhan ayahnya.

Antara barisan pelakon drama Lee Min-ho, Kim Go-eun, Woo Do-hwan, Kim Kyung-nam, Jung Eun-chae, Lee Jung-jin

FLOWER OF EVIL

Drama Kim Cheol-kyu ini bergenre melodrama  dan mempunyai 16 episode

Baek Hee-sung (Lee Joon-gi) adalah seorang lelaki yang menyembunyikan identiti dan masa silam daripada isterinya Cha Ji-won (Moon Chae-won)yang merupakan seorang detektif. Pada luaran mereka kelihatan seperti keluarga yang sempurna dan pasangan yang penuh kasih sayang dengan anak perempuan cantik yang sentiasa memuja ibu bapanya.

Isterinya Cha Ji-won dan rakan-rakannya mula menyiasat pembunuhan serangkai yang tidak dapat dijelaskan dengan mata kasar dan kemudian dia merasa sangsi dengan suaminya meskipun suaminya kelihatan sempurna dimatanya tetapi ada menyembunyikan sesuatu darinya.

Antara barisan pelakon untuk drama ini adalah Lee Joon-gi, Moon Chae-won, Jang Hee-jin, Seo Hyun-woo

MINE

Drama arahan Lee Na-jung yang bergenre drama,thriller dan mempunyai  16 episode

Drama ini mengisahkan seorang wanita bernama Seo Hee-Soo (Lee Bo-Young) yang merupakan bintang terkenal berusia 40 tahun namun dia telah memilih untuk meninggalkan kariernya  untuk berkahwin dengan seorang putera kedua dari keluarga chaebol yang sangat kaya bernama Han Ji-Yong (Lee Hyun-Wook).

Dia bertemu dengannya  suaminya semasa dalam perjalanan ke England kemudian telah jatuh cinta padanya.

Mine adalah kisah tentang wanita yang mencuba mencari kepercayaan dirinya.

Antara barisan pelakon drama ini  adalah Lee Bo-young, Kim Seo-hyung, Cha Hak-yeon, Park Hyuk-kwon

RACKET BOYS

Drama arahan Cho Young-kwang yang bergenre sukan drama dan mempunyai 16 episode

Drama ini mengisahkan pasukan badminton lelaki di sebuah sekolah menengah di Haenam dan mereka ingin bertanding dalam pertandingan bagi kategori atlet junior.

Yoon Hyeon-Jong (Kim Sang-Kyung) pernah menjadi pemain badminton terbaik dan kini dia  mengambil tugas sebagai jurulatih pasukan badminton lelaki di sebuah sekolah menengah tersebut.

Meskipun mempunyai pemain yang handal namun pasukan badminton ini hampir dibubarkan dan dalam drama ini anda akan menyaksikan semangat anak muda dalam mengejar impian mereka untuk bergelar sebagai juara.

Antara barisan pelakon drama ini adalah Kim Sang-kyung, Oh Na-ra, Lee Jae-in.

LIVE

Drama arahan Kim Kyu-tae yang bergenre drama dan mempunyai 18 episode

Drama ini menceritakan kegembiraan dan kesedihan  seorang pegawai polis di sebuah pejabat balai polis dan mereka berusaha untuk menegakkan nilai murni dalam kehidupan seharian serta menjaga keadilan.

Jung-O (Jung Yu-Mi) tinggal bersama ibunya  manakala ayahnya telah mengabaikan tanggungjawab tersebut sejak dia dari kecil.

Setelah tamat pengajian di universiti, Jung-O telah mencari mencari pekerjaan. Kemudian, dia telah mengambil keputusan untuk menjadi polis.

Dia belajar selama 2 tahun dan akhirnya lulus dalam peperiksaan. Jung-O diterima memasuki akademi polis. Di sana, dia bertemu dengan rakan kadet bernama Sang-Soo (Lee Kwang-Soo).

Sang-Soo mempunyai seorang ibu dan seorang abang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat air.

Jung-O dan Sang-Soo melalui kesukaran semasa di akademi polis kerana pengajarnya Yang-Chon (Bae Sung-Woo) telah banyak memberi bebanan kepada mereka. Setelah berlatih di akademi polis, Jung-O dan Sang-Soo memulakan kerjaya di pejabat polis Daerah Hongil. Mereka menghadapi situasi sebenar di alam pekerjaan sebagai anggota polis dan terkejut kerana tidak pernah alami situasi tersebut. Tenaga pengajar mereka Yang-Chon menerima penurunan pangkat dan juga mula bekerja di Pejabat Polis Hongil dibawah Jung dan Sang.

Antara barisan pelakon drama ini adalah Jung Yu-mi, Lee Kwang-soo, Bae Sung-woo, Bae Jong-ok

REPLY 1988

Drama arahan Shin Won-ho yang bergenre komedi  dan mempunyai 20 episode

Drama ini mengisahkan persekitaran pada tahun 1988 dan menceritakan tentang 5 orang sahabat yang terdiri dari 4 lelaki dan seorang perempuan yang tinggal di Sangmun-dong, Seoul, Korea Selatan

Kelima mereka ini bersahabat baik sejak dari kecil lagi dan tinggal berjiran. Ibu Bapa mereka juga berkawan baik dan sentiasa tolong menolong antara satu sama lain.

Dalam drama ini lebih fokuskan penceritaan mengenai hal dan masalah kekeluargaan dan bagaimana cara mereka mengatasi masalah tersebut.

Antara barisan pelakon untuk drama ini adalah Lee Hye-ri, Park Bo-gum, Go Kyung-pyo, Ryu Jun-yeol, Lee Dong-hwi

THE K2

Drama arahan  Kwak Jung-hwan yang bergenre aksi dan mempunyai 16 episode

Drama ini mengisahkan seorang lelaki bernama Kim Je-ha yang merupakan bekas tentera upahan untuk PMC Blackstone. Semasa di Iraq, dia telah diperangkap dengan pembunuhan kekasihnya, Raniya.

kemudian, dia melarikan diri dan menjadi buruan kemudian dia kembali ke Korea Selatan serta secara kebetulan telah ditawarkan untuk bekerja sebagai pengawal peribadi oleh Choi Yoo-jin, pemilik JSS Security Company dan isteri calon presiden Jang-Se joon.

Dia menerima pekerjaan itu sebagai pertukaran sumber yang dia perlukan untuk membalas dendamnya terhadap calon presiden lain.

Park Kwan-soo sebelum ini telah perangkapnya dalam satu pembunuhan dan dia mengambil keputusan ingin membalas dendam diatas kematian kekasihnya.

Antara barisan pelakon drama ini  adalah Ji Chang-wook, Im Yoon-ah, Song Yoon-ah, Jo Sung-ha

DESCENDANT OF THE SUN

Drama arahan Lee Eung-bok dan Baek Sang-hoon yang bergenre aksi dan mempunyai 19 episode

Yoo Si-jin (Song Joong-ki) ialah seorang kapten untuk sebuah unit Pasukan Operasi Khas Korea Selatan. Ketika tidak bertugas, Si-jin menahan Kim Gi-beom (Kim Min-seok) daripada melarikan diri selepas dia mencuri motosikal dengan bantuan Sarjan Mejar Seo Dae-young (Jin Goo).

Gi-beom cedera semasa ditahan dan kemudian dihantar ke hospital.

Sae Dae-young menyedari bahawa telefonnya telah dicuri oleh pencuri tersebut dan dia kemudiannya pergi ke hospital bersama Si-jin untuk mendapatkan semula telefonnya.

Di bilik kecemasan, Si-jin bertemu Dr. Kang Mo-yeon (Song Hye-kyo) buat pertama kali dan dengan serta merta tertarik kepadanya. Mo-yeon tersalah anggap bahawa Si-jin ialah sebahagian daripada geng pencuri tersebut kerana nama samarannya adalah “Big Boss”  adalah sama dan nama tersebut merupakan kod pengenalan untuk tentera.

Si-jin ingin membuktikan kepada Mo-yeon bahawa dia ialah seorang askar lalu meminta bantuan doktor tentera iaitu Yoon Myeong-joo (Kim Ji-won) untuk menyakinkannya.

Antara barisan pelakon drama ini adalah Song Joong-ki, Song Hye-kyo, Jin Goo, Kim Ji-won

LAW SCHOOL

Drama arahan Kim Seok-yoon yang bergenre legal drama dan mempunyai  16 episode

Drama ini  mengisahkan kehidupan pelajar  dan pensyarah dari Fakulti Undang-Undang di Universiti Hankuk. Kejadian bermula apabila telah berlaku pembunuhan yang melibatkan salah seorang pensyarah disana. Secara tak langsung pembunuhan tersebut melibatkan beberapa pelajar undang-undang yang ada kaitan dengan si mati tersebut.

Yang Joon Hoon seorang bekas pendakwa raya dan kini menjadi professor di Universiti tersebut tapi telah dituduh sebagai pembunuh. Semua pelajar undang-undang cuba membantunya dan menyiasat bagi menyelesaikan kes pembunuhan tu.

Antara barisan pelakon drama ini adalah Kim Myung-min, Kim Bum, Ryu Hye-young, Lee Jung-eun

Author

Share