Amalkan makanan diet ini, anda pastinya akan lebih WaaW!

Kita mungkin pernah dimomokkan dengan banyak mitos berkenaan penurunan berat badan.

Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi diet itu sendiri adalah amalan pemakanan, oleh itu pastikan anda amalkannya setiap masa, setiap hari. 

Berikut adalah beberapa mitos mengenai diet yang sering disalah erti.

Telur rebus putih : 1 biji bersamaan 17 kalori

Telur rebus putih : 1 biji bersamaan 17 kalori

Telur adalah salah satu daripada beberapa makanan yang harus diklasifikasikan sebagai “superfoods.” Ia sarat dengan nutrien, sesetengah daripadanya jarang terdapat dalam diet moden. Bagaimanapun, nilai pemakanan telur boleh berbeza-beza, bergantung kepada sama ada anda makan telur atau hanya putih telur.

Ikan kembung : 1 ekor bersamaan 80 kalori

Ikan kembung : 1 ekor bersamaan 80 kalori

Ramai yang tidak tahu, sebenarnya ikan kembung lebih berkhasiat daripada ikan salmon. Setakat ini, salmon digembar-gemburkan sebagai makanan hebat dengan kadar asid lemak omega-3 yang tinggi. 

Ikan tempatan mempunyai nilai gizi pemakanan yang tinggi yang tidak disedari ramai. Tiada sebab untuk anda tidak mahu makan ikan yang ditangkap secara tempatan. Kandungan gizi pemakanan tidak lebih rendah daripada makanan yang diimport.

Tempe : 30 gram bersamaan 57 kcal

Tempe : 30 gram bersamaan 57 kcal

Tempe lebih padat nutrisi dibandingkan tauhu. Jumlah alori, protein, karbohidrat, dan lemak dalam tempe lebih banyak daripada tahu. Tempe juga memiliki serat yang jauh lebih tinggi dibandingkan tauhu.

Selain itu, tempe dan tahu juga termasuk makanan yang rendah lemak dan rendah kalori.  Tempe merupakan makanan yang diperbuat daripada kacang soya yang diperam. 

Suhun : 10 gram bersamaan 34 kcal

Suhun : 10 gram bersamaan 34 kcal

Suhun merupakan sejenis bahan masakan yang mempunyai rupa seperti bihun namun sebenarnya ia amat jauh berbeza. Suhun mempunyai beberapa nama lain seperti glass noodle atau mee selotape kerana rupanya yang jernih apabila ia dimasak. 

Suhun juga dikatakan lebih rendah kalori dan karbohidrat berbanding bihun oleh itu ia banyak diamalkan oleh mereka yang sedang menjaga berat badan.

Pasta : 50 gram bersamaan 79 kcal

Pasta : 50 gram bersamaan 79 kcal

Pasta adalah hidangan yang sihat. Tentu sahaja asalkan tidak makan keterlaluan dan bahannya harus dikendalikan dengan baik. 

Kombinasi pasta dengan serat vitamin sumber protein yang rendah lemak dan sayuran sangat membantu untuk meningkatkan kesihatan.  Pasta adalah masakan keluarga yang mudah cara membuatnya dan rasanya yang lazat. 

Bijiran oats : 25 gram bersamaan 97 kcal

Bijiran oats : 25 gram bersamaan 97 kcal

Ramai yang berdiet untuk kurus dan sihat dengan mengambil oat dalam menu seharian. Sebenarnya, adalah penting untuk memahami jenis-jenis oats yang diambil seperti Instant, Quick,Rolled dan Steel cuts terlebih dahulu sebelum mahu berdiet. 

Ini kerana kerana walaupun oat ini kelihatan sama tapi punyai kesan yang berbeza dari segi pemprosesannya dan kadar penyerapan pada tubuh.

Yang paling penting pastikan anda jaga portion makan. Sediakan makanan seimbang, lengkap semua nutrien yang badan perlukan. Jangan terlalu ekstrem fokus kepada satu satu jenis makanan sahaja.

Walaupun makanan sihat, kita tetap kena jaga portion kerana semua makanan mempunyai kalori. Kalau kita makan lebih dari kalori yang sepatutnya, berat kita tetap akan degil nak turun.

Selamat Menjamu Selera!

Author

Share