Kes dadah Nia Ramadhani: Marshanda beri sokongan

JAKARTA : Pelakon Indonesia, Marshanda meluahkan sokongan tidak berbelah bagi terhadap sahabatnya, Nia Ramadhani yang ditahan kerana positif mengambil dadah jenis syabu dikediamannya baru-baru ini.

Marshanda berkata, biar apapun kekurangan dan kelebihan sahabatnya itu bukan tiket buat dirinya untuk menghakimi Nia. Sebaliknya, Marshanda yang pernah terpalit kisah hitam juga menzahirkan sokongan moral buat temannya itu.

Marshanda menzahirkan sokongan tidak berbelah bagi buat sahabatnya, Nia.

Anda sentiasa ada bersama saya ketika jatuh bangun saya. Anda diberikan dugaan oleh Tuhan ketika ini kerana saya tahu, anda boleh melaluinya demi diri sendiri, keluarga dan juga teman-teman yang menyayangi anda.

“Seperti apapun kelebihan dan kekurangan semua sahabatku, tidak pernah terlintas dibenakku merasakan diri lebih baik dari mereka sehingga mahu menghakimi anda.

“Ini kerana diriku sendiri punya ribuan kejatuhan dan kebangkitan, kekalahan dan kemenangan, punya titik tolak dan tambah sendiri. Sama seperti kita semua.

Luahan Marshanda menerusi paparan di Instagram miliknya.

Tugas kita sebagai sesama manusia bukanlah untuk merendahkan ataupun merasa lebih tinggi dan hebat dari mereka yang sedang berdepan kesusahan, tetapi untuk menghormati proses belajar setiap orang yang punya fasa kehidupan yang berbeza-beza,” luah Marshanda.

Terdahulu, pelakon popular Indonesia, Nia mengaku mengambil dadah jenis methamphetamine atau syabu sejak lima bulan lalu bersama suaminya, Ardi Bakrie.

Perkara berkenaan diakui sendiri pasangan itu kepada pihak polis ketika ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat, Indonesia semalam.

Nia dan suaminya ditangkap polis di kediaman mereka di daerah Pondok Pinang, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan pada pukul 3 petang semalam bersama pemandu peribadinya yang dikenali sebagai ZN.

Hasil pemeriksaan, polis menemukan barang bukti berupa dadah jenis syabu seberat 0.78 gram.

Kredit Kompas TV Indonesia

Author

Share