10 Kdrama yang paling WAAW! #Siri4

SELAMA 3 minggu berturut-turut kami telah senaraikan 30 Kdrama yang WaaW! untuk anda layan, untuk minggu ini dalam Siri ke-4 kami bawakan 10 lagi cadangan Kdrama yang mampu membuatkan anda ketagih untuk menonton dan melekat depan tv.

DESIGNATED SURVIVOR

Drama arahan Yoo Jong-Sun ini bergenre drama dan mempunyai 16 episod

Park Moo-Jin (Ji Jin-Hee) adalah bekas profesor kimia dan kini memegang jawatan Menteri Alam Sekitar. Dia tidak mempunyai impian, kepercayaan atau pemikiran sebagai ahli politik.

Suatu hari, semua pegawai tinggi kerajaan telah dikumpulkan untuk berada di Bangunan Parlimen Korea Selatan, kemudian satu letupan telah berlaku dan mengorbankan banyak pegawai kerajaan, termasuk Presiden.

Park Moo-Jin adalah pegawai tertinggi kerajaan yang masih hidup. Dia tidak mahu jawatan itu, tetapi dia dipaksa untuk memegang jawatan sebagai presiden selama 60 hari. Park Moo-Jin mengejar orang atau kumpulan yang bertanggungjawab atas letupan itu dan kemudian dilantik sebagai pemimpin negara.

Antara barisan pelakon untuk drama ini adalah Ji Jin-hee, Heo Joon-ho, Kang Han-na

ALICE

Drama arahan   Baek Soo-Chan  Park Joon-Woo ini bergenre sains fiksyen dan mempunyai 16 episod

Mengisahkan Park Jin-Gyeom (Joo Won) seorang detektif yang tidak pernah menunjukkan emosi. Semasa menyiasat kes misteri, dia menyedari kewujudan pelancong masa. Pelancong masa itu datang dari masa depan melalui ruang bernama Alice. 

Park Jin-Gyeom berjuang untuk mengelakkan perkara negatif berlaku melalui ruang Alice. Dia telah bertemu dengan Yoon Tae-Yi (Kim Hee-Seon) yang telah meninggal pada masa lalu. 

Yoon Tae-yi ialah seorang ahli fizik yang bijak dan memegang kunci utama kepada rahsia penggembaraan masa ini. Selepas bertemu dengan Park Jin-kyum, dia menegaskan bahawa perjumpaan mereka adalah kerana takdir, dia menyertai lelaki tersebut bagi membongkar misteri ini. Dalam misi ini, dia juga mempelajari rahsia mengenai dirinya sendiri.

Antara barisan pelakon drama ini adalah Kim Hee-sun, Joo Won

18 AGAIN

Drama arahan  Ha Byung-Hoon bergenre komedi dan mempunyai 16  episod

Mengisahkan seorang lelaki berusia 37 tahun yang bercerai dengan isterinya dan kemudianya secara tiba-tiba mendapati dirinya berada di dalam badannya yang berusia 18 tahun. Dia mula menjalani kehidupan baru dengan nama baru untuk mendekati anak-anaknya dan melindungi mereka.

Antara barisan pelakon untuk drama Kim Ha-neul, Yoon Sang-hyun, Lee Do-hyun

FIERY PRIEST

Drama arahan  Myoungwoo Lee yang bergenre komedi dan mempunyai 20 episod

Mengisahkan Kim Hae-Il (Kim Nam-Gil) adalah seorang imam Katolik. Dia membuat komen yang menghina dan bersikap kasar terhadap orang lain.

Koo Dae-Young (Kim Sung-Kyun) adalah seorang detektif. Dia banyak bercakap dan dia juga pemalu. Park Kyung-Sun (Lee Ha-Nee) adalah pendakwa. Dia pintar dan cantik. Dia juga bercita-cita tinggi sebagai pendakwa dan pandai dalam pekerjaannya.

Imam Katolik Kim Hae-Il, Detektif Koo Dae-Young dan Pendakwa Park Kyung-Sun telah bekerjasama untuk menyelesaikan kes pembunuhan yang melibatkan seorang paderi kanan Katolik dan gabungan mereka itu telah menimbulkan pelbagai aksi komedi yang boleh disaksikan.

Antara barisan pelakon drama ini  Kim Nam-gil, Kim Sung-kyun, Lee Hanee, Go Jun, Keum Sae-rok

THE DEVIL JUDGE

Drama arahan Choi Jung-gyu yang bergenre legal drama dan mempunyai 16 episod

Semasa keadaan huru-hara, seorang hakim telah mengubah mahkamah menjadi seperti rancangan realiti dan menghukum orang jahat tanpa pengampunan.

Kang Yo-Han (Ji Sung) adalah hakim. Dia mempunyai penampilan bangsawan dan rasa elegan. Dia menghukum lelaki yang korup dan tamak dengan kuasa..

Jung Sun-A (Kim Min-Jung) adalah pengarah eksekutif Yayasan Tanggungjawab Sosial. Dia seorang yang pintar dan cantik. Dia juga bermusuhan dengan Kang Yo-Han. Jung Sun-A adalah orang terpenting dari pelbagai kalangan sosial seperti politik dan ekonomi. Dia mempunyai kuasa untuk mengawal negara dengan menggunakan hubungannya.

Kim Ga-On (Jin Young) adalah hakim pemula. Dia telah mengalami kesukaran sejak ibu bapanya meninggal ketika dia masih kecil, tetapi dia dapat menjadi hakim setelah berusaha keras untuk mengejar impiannya itu.

Yoon Soo-Hyun (Park Gyu-Young) adalah seorang detektif. Dia adalah kawan lama Kim Ga-On dan dia sedang mencari jalan untuk membongkar rahsia Kang Yo-Han.

Antara barisan pelakon drama Ji Sung , Kim Min-jung , Park Jin-young, Park Gyu-young

THE LAST EMPRESS

Drama arahan Joo Dong-min  Shin Yong-hwi yang bergenre aksi dan mempunyai 52 episod

Mengisahkan republik kerajaan republik Korea Selatan tapi negara ini ditadbir oleh raja berperlembagaan. Oh Ssu-Ni (Jang Na-Ra) adalah pelakon teater dengan keperibadian yang bagus. Tiba-tiba, dia telah berkahwin dengan Maharaja Lee Hyuk (Shin Sung-Rok).

 Oh Ssu-Ni kemudiannya menentang kekuasaan istana mutlak dan melawan pentabiran tersebut. Sementara itu, dia jatuh cinta dengan Na Wang-Sik (Choi Jin-Hyuk) yang merupakan pengawal keluarga kerajaan.

Na Wang-Sik telah datang ke istana untuk membalas dendam terhadap orang yang membunuh ibunya.

Disebabkan  kematian nenek Maharaja Lee Hyuk, Oh Ssu-Ni membuat keputusan untuk menjatuhkan keluarga diraja dengan bantuan Na Wang-Sik dan menemui cinta sejati.

Antara barisan pelakon drama ini adalah Jang Na-Ra , Choi Jin-Hyuk, Shin Sung-Rok

SWEET HOME

Drama arahan Kim Sung-ho yang bergenre drama dan mempunyai 10 episod

Drama ini menceritakan kisah seram dilalui oleh seorang pelajar sekolah menengah yang baru sahaja berpindah ke sebuah flat yang bernama Green Home dan diugut oleh raksasa yang cuba untuk melenyapkan seluruh umat manusia daripada muka bumi ini.

Antara barisan pelakon untuk drama Song Kang, Lee Jin-wook, Lee Si-young, Lee Do-hyun, Kim Nam-hee, Go Min-si

ITS OKAY THATS LOVE

Drama arahan   Kim Kyu-tae yang bergenre romantik dan mempunyai 16 episod

Drama ini mengisahkan Jang Jae-Yeol adalah seorang penulis misteri dan DJ radio dia menderita obsesi.

Ji Hae-Soo merupakan seorang pelajar psikiatri di sebuah universiti hospital dan menjalani praktikal di tahun akhir . Dia memilih psikiatri kerana tidak mahu melakukan pembedahan. Setelah dia bertemu Jang Jae-Yeol dan merawat Jang Jae hidupnya mengalami perubahan besar apabila mereka telah ditakdirkan bercinta.

Antara barisan pelakon drama ini adalah Jo In-sung, Gong Hyo-jin, Sung Dong-il, Lee Kwang-soo, Do Kyung-soo

YOU ARE MY SPRING

Drama arahan Jung Ji-hyun yang bergenre fantasi dan mempunyai 16 episode

Ketika dia masih kecil, Kang Da-Jeong (Seo Hyun-Jin) tinggal di sebuah penginapan di Gangneung untuk waktu yang singkat, tetapi dia menganggap penginapan itu sebagai tempat tinggal kegemarannya dan kini dia bekerja sebagai pengurus pekerja hotel tersebut.

Dia bergerak ke Gugu Building. Di sana, dia terlibat dalam satu kes pembunuhan dengan jirannya Ju Young-Do (Kim Dong-Wook).

Ju Young-Do bekerja sebagai psikiatri. Dia menjadi psikiatri untuk membantu orang yang bunuh diri dan memberikan motivasi. Dia pintar dan selalu merawat hati orang yang terluka namun dia sendiri tidak pernah dihiburkan oleh sesiapa pun.

Chae Jun (Yoon Park) adalah Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pelaburan. Suatu hari, dia tiba-tiba muncul di hadapan Kang Da-Jeong. Dia mempunyai perasaan terhadapnya dan menyatakan perasaannya kepadanya.

Ahn Ga-Yeong (Nam Gyu-Ri) adalah seorang pelakon. Dia digunakan oleh bekas kekasih dan bekas pengurusnya. Selepas itu, dia menjadi takut untuk mencintai seseorang

Antara barisan pelakon drama ini adalah Seo Hyun-jin, Kim Dong-wook, Yoon Park, Nam Gyu-ri

NEVERTHELESS

Drama arahan  Kim Ga-ram yang bergenre romantik dan mempunyai  10 episode

Park Jae-Eon (Song Kang) adalah pelajar universiti, jurusan seni. Dia kelihatan baik kepada semua orang dan dia biasanya ceria.

 Namun, dia benar-benar tidak peduli terhadap orang lain dan dia tidak mahu menjalin sebarang hubungan romantis. Tanpa diduga, dia telah jatuh cinta pada Yoo Na-Bi (Han So-Hee) dan mula berubah.

Yoo Na-Bi adalah pelajar seni di universiti yang sama dengan Park Jae-Eon.  Yoo Na yang baru saja putus dengan cinta pertama kerana tidak setia.

Selepas itu, dia kemudian bertemu Park Jae-Eon dan meluahkan perasaan kepadanya.

Antara barisan pelakon drama ini adalah Han So-hee, Song Kang

Author

Share