Ebit Lew buat laporan polis, sangkal semua dakwaan sebagai fitnah


PETALING JAYA : Pendakwah terkenal Ebit Lew tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sekitar jam 6.15 petang tadi untuk membuat laporan polis dipercayai berkaitan isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin, baru-baru ini.

Ebit menyangkal semua tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya dan membuat laporan polis berhubung isu berkenaan. Tambahnya, dia turut menyebutkan beberapa nama yang termasuk penyanyi, Caprice di dalam laporan itu.

Saya memang berniat untuk membantu orang dan tidak timbul istilah ingin membuka tabung untuk kepentingan sendiri. Malah, duit yang disebut itu juga dikeluarkan oleh saya sendiri. 

“Saya anggap ini adalah ujian Allah dan kasih sayang daripadaNya. Namun, saya membuat laporan polis kerana pihak sana tidak berhenti mengeluarkan kenyataan. 

Masih lagi berduka dengan kehilangan bapa saya, ramai ketika ini sedang berbincang mengenai saya. InsyaAllah…saya akan mengeluarkan kenyataan lebih lanjut dan menjawab segala persoalan esok,” kata Ebit. 


“Doakan yer esok pukul 12 tengah hari saya akan live menjawab kepada semua fitnah yang melampau dan langsung tak berasas terhadap saya.

“Saya bersyukur pada Allah kerana Dia Maha Baik dan Maha Besar.

“Saya cuma orang biasa dan pendosa. Syukur direzekikan dapat menjadi sebahagian kecil usaha kasih sayang ini.

“Saya diajar untuk tidak menjawab dan bergaduh dari kecil.

“Tapi semenjak di Mesir fitnah dan kata sinis terus menimpa saya. Dari dulu lagi saya dah biasa difitnah dan dikata begini.

“Saya bersyukur kerana apalah sangat ujian ini. Tapi bila anak saya menangis, arwah ayah saya menangis, isteri saya menangis, isteri kepada team saya menangis.

“Kami cuma manusia biasa. Penat, letih dan berat ujian. Ratusan ribu orang melihat fitnah tentang saya.

“Hari ini masih belum habis. Pagi ni anak saya peluk saya menangis. Cukuplah.

“Saya Redha pada Allah. Saya diam belum ada sepatah atau kenyataan dari saya. Makin ramai buat kenyataan tentang saya.

“Ini tentang saya,keluarga dan team saya.. Menyebabkan arwah bapa saya menangis. Isteri dan anak saya menangis tertekan.

“Saya benar-benar kecewa dan sedih..

“Saya berdoa dan serahkan semuanya pada Allah,” ujar Ebit Liew.

Ebit yang tiba jam 6.16 petang menaiki Toyota Vellfire dengan diiringi tiga pikap dijangka mengadakan sidang media selepas itu.

Hari ini, rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman atau dikenali sebagai Nadir Al-Nuri tampil membuat penjelasan berhubung isu misi kemanusiaan oleh Ebit.

Nadir yang juga Ketua Pegawai Ekslusif, sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia, mendakwa pasukan misi Ebit membayar kos yang tinggi kepada sebuah syarikat bagi menguruskan kemasukan mereka ke Gaza dan tidak menggunakan khidmat NGO tempatan di Gaza.

Author

Share