Mula isu makan tak bayar, Nana, Lan & Syura bergaduh sampai putus kawan?

PETALING JAYA : “Kita bukan kawan sehari dua, kita kawan hampir 20 tahun. Sejak aku kenal Lan, masa itu juga aku kenal dengan kau. Aku kenang jasa kau dan Anas bawa kami masuk perniagaan.

Kalau betul, Lan atau Syura menumpang populariti kau, aku minta halal banyak-banyak kerana tidak sangka daripada benda itu menjadi satu cerita yang besar. 

“Halalkan apa yang kau rasa kami terambil atau terguna. Jauh dari sudut hati aku, tidak timbul rasa dengki dengan kehidupan kau”.

Demikian luahan Nur Sheila Hassim iaitu isteri dan juga pengurus kepada penyanyi, Lan Solo. Perkongsian secara langsung Lan, Sheila, Sam Samin, Syura dan Aida malam tadi mengenai penyanyi Siti Nordiana dan pengurusnya, Anas mengejutkan banyak pihak.

Timbul rasa ralat dalam diri mereka apabila persahabatan yang sudah lama terjalin berakhir begitu saja. Malah, ada diantara netizen kurang percaya dengan perkongsian tersebut.

Saya tidak tahu sejauh mana perkongsian yang sudah dibuat ketika ini, kita berkawan pun sudah lama. Jika ada rasa tidak puas hati dan sebagainya, boleh datang ke kedai barangan runcit saya, Solo Borneo Mart untuk menbincangkan hal ini.

“Sudah banyak cerita yang bertebaran dan diputar belit yang menjadikan perkara ini semakin rumit. Jika benar kita hendak menyelesaikan isu ini, lebih baik bersemuka saja,” ujar Lan yang berada disamping Sheila.

Selain Sheila dan Lan, Sam Samin selaku pengurus promosi FMC Music turut meluahkan rasa terkilan dengan situasi ini. Pernah digelar sebagai orang gaji Siti Nordiana, Sam menepis persepsi masyarakat terhadap dirinya demi persahabatan yang sudah lama terjalin.

Author

Share