Bila kebenaran jadi penipuan, saya harus pertahankan diri – Daiyan Trisha

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi wanita, Daiyan Trisha berang dengan individu yang didakwa telah menabur fitnah serta mengaibkan dirinya di media sosial baru ini.

Seperti yang kita sedia maklum,penyanyi ini sedang giat aktif dalam kerja sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin namun ia telah disalah erti apabila terdapat individu telah mendakwa dia hanya berkerja selama 15 minit serta bergambar di Pusat Pemberian Vaksin berkenaan dan tidak melaksanankan tugas.

Difahamkan individu terbabit telah membuat kenyataan  menerusi  laman media sosial Twiter dan menurut Daiyan, individu tersebut bukan sahaja menyebar fitnah malah turut menghasut netizen untuk turut sama mengecam dan mengeji pelakon ini.

Ekoran daripada ciapan Tweet tersebut, pelbagai spekulasi dan tomahan telah diterima olehnya kesan daripada tularnya Tweet berkenaan.

Ciapan Twitter individu berkenaan yang seolah memerli Daiyan

“Baru baru ini saya dituduh oleh seorang individu di Twitter, tweet ini telah di retweet sebanyak 4,000 kali sebelum ianya dipadam. Walaubagaimanapun, tweet ini telah melahirkan banyak tuduhan dan fitnah terhadap saya dan kerja sukarelawan saya di PPV,”ujarnya di media sosial.

Difahamkan, penyanyi ini dapat mengesan dan mengetahui individu yang membuat fitnah tersebut dengan bantuan pihak Qualitas dan terkejut apabila mengetahui adalah individu  yang sama-sama bertugas dengannya di PPV.

“Saya ingin berterima kasih kepada pihak Qualitas kerana telah membantu saya mengesan individu yang bersalah ini, dia juga merupakan salah seorang sukarelawan di PPV yang sama

“Hairan sepatutnya dia tahu yang saya volunteer seharian, dia juga ada bergambar dengan saya, tapi masih menyebar fitnah terhadap saya dengan ke menjawab “yes” melalui Twitter apabila ditanya adakah Daiyan ini antara artis yang datang hanya sesi bergambar, bersosial, dan balik selepas 15 minit bertugas.

“Sejurus itu, semua yang baca beranggapan tweet ini ditujukan untuk saya , ini salah dan tidak adil.

Daiyan Trisha tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit kerana menyebarkan fitnah terhadapnya serta telah melanggar etika sebagai seorang sukarelawan.

“kepada yang berkenaan, please remember that your actions will have consequences. anda juga telah melanggar etika anda sebagai seorang sukarelawan. dalam masa yang sensitive seperti ini, janganlah kita menyebarkan benci dan sakit kepada orang lain. ia tidak membantu at first, kata Daiyan

Difahamkan juga, pada awalnya Daiyan tidak mahu respon dan membalas ciapan tersebut, tetapi bila ianya sudah tular jadi dia perlu melakukan sesuatu untuk mempertahankan maruah serta nama baiknya yang sudah pun tercemar.

“i did not want to respond, because at the end of the day, ini tidak sepatutnya menjadi sebuah isu. these things shouldn’t matter.

“TAPI BILA PENIPUAN JADI SESUATU “KEBENARAN” BUAT SESETENGAH PIHAK, I HAVE TO DEFEND MYSELF. NOBODY DESERVES TO BE DEFAMED – ESPECIALLY WHEN THEY’RE JUST TRYING TO HELP.

“Biarlah orang yang ingin membantu, terus membantu. jangan takutkan orang yang punya niat baik, asalkan orang yang perlu ditolong, dapat pertolongan, bukankah itu yang paling penting?,” ujarnya


Meskipun reputasi dan namanya telah tercalar akibat individu berkenaan namun Daiyan masih menjaga aibnya dengan tidak menyebut namanya dalam hantaran media sosialnya dan  meminta individu terbabit tampil untuk membuat permohonan maaf kepadanya.

“i hope we can all learn from this and move forward. pengajaran untuk semua supaya jangan sebarkan fitnah. fitnah itu lebih, kalian tau lah, terima kasih. assalamualaikum



“ this is a repost. saya dapati ada nama yang tidak dicensor di post original saya. saya masih menjaga aib orang walaupun mereka sudah memfitnah saya. tuhan tahu,”ujarnya di media sosial.

Author

Share