Sarat hamil, Tasha Mansahar diduga dengan pelbagai ujian

PETALING JAYA : Penyanyi yang kini bergelar warga pendidik,Tasha Mashahar yang kini hampir memasuki trimester ketiga kehamilan percaya perancangan Allah SWT lebih besar daripada rezeki yang diberikan.

Tasha atau pemilik nama penuh, Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar mengakui diuji pelbagai perkara ketika sedang hamil cahaya mata kedua ini.

Tasha dan suaminya, Raqib bersama anak lelaki mereka.

Sebenarnya saya sudah hampir masuk trimester ketiga. Saya memang tidak merancang kehamilan kedua ini, namun saya percaya dengan rezeki yang Allah SWT berikan.

“Ketika sedang mengandung, saya diduga apabila ibu bapa saya dijangkiti COVID-19. Malah, ibu saya juga terpaksa ditidurkan kerana dia berada di tahap kelima. 

Namun, saya bersyukur kerana ibu saya telah dibenarkan pulang pada 6 Jun lalu dan kembali sihat seperti dulu. Saya kini menetap di Melaka, jadi dapat berhubung dengan ibu menerusi ‘video call’ saja.

“Tidak dinafikan, saya ngeri juga hendak melahirkan kerana keadaan kes sedang meningkat naik. Namun, InsyaAllah…semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan,” ujar Tasha. 

Raqib berkongsi berita kehamilan Tasha di akaunnya baru-baru ini.

Menyerahkan sepenuhnya kepada rezeki, Tasha dan suaminya, Raqib Majid tidak memilih soal jantina. Mereka berharap agar kesihatan kandungan kedua Tasha ini dipermudahkan semuanya.

Tasha dan Raqib berkahwin pada 8 September 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muammar yang kini berusia dua tahun. 

Author

Share