Terkesan PKP tiada pendapatan, Amelina jual nasi ayam tanggung hidup

PETALING JAYA: Penyanyi dangdut popular, Amelina kini fokus dalam bidang perniagaan ekoran terjejas sumber pendapatan sejak Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Amelina atau nama sebenarnya Norazlina binti Amir Sharipuddin akui terkesan apabila tiada sebarang tawaran nanyian sejak tahun lalu dan dia terpaksa mengambil inisatif lain untuk menjana sumber pendapatan dengan menjual nasi ayam.

Menurut Amelina, sambutan hari raya Aidil Adha tahun ini tidak semeriah seperti sebelumnya kerana dia lebih fokuskan kepada perniagaan terbaharunya Nasi Ayam Rindu kerana mendapat sambutan yang luar biasa daripada peminat dan rakan artis.

“SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua kesayangan kaklong,

“Tahun ini kaklong takder pun buat2 rendang , nasi impit tak ada pun sempat ambil OOTD hari ni sebab kaklong pagi2 lagi dah bgn untuk siapkan order NASI AYAM RINDU.
Hari ini ada special order juga dari @fashasandha ,”ujarnya di media sosial.

Menurut Amelina, PKP telah banyak mengajar dia erti sabar dan kesusahan apabila wang simpanannya makin tipis saban hari dan mengakibatkan dia terpaksa mengambil keputusan beralih bidang buat masa ini.

Difahamkan juga, keputusan ini dibuat setelah mendapat beberapa buah cadangan daripada keluarga dan peminat yang sentiasa menyokongnya dan tidak mahukan Amelina terus patah semangat dek kekurangan tawaran menyanyi sepanjang PKP ni.

“Koranglah inspirasi dan semangat kaklong. SUBHANALLAH doa2 korang untuk kaklong. Setiap kali kaklong baca doa dan kata2 semangat tu membuat kan kaklong menitiskan air mata betapa bertuahnya kaklong di iringi doa korang semua


“Pada yg senasib dgn kaklong dan yg sedang memulakan sesuatu yg baru untuk rezeki , mari kita sama2 usaha . Insya allah rezeki Allah itu luas ! Percayala


“Untuk tempahan, boleh hubungi menerusi WhatsApp di talian 019-8915509 atau ke Instagram @amelinaamirsharipuddin

Meskipun begitu, jiwa anak seninya tidak pernah luntur meskipun kerjanya sudah pun bertukar, lantas dia mengambil keputusan dengan membuat “cover” lagu lamanya dengan menukar lirik kepada COVID-19 ataupun Lockdown supaya dapat berikan kesedaran kepada semua pengikutnya.

Lagu tersebut dirakamkan sendiri olehnya dirumah tanpa peralatan rakaman studio yang lengkap hanya menggunakan telefon bimbitnya sahaja dan kemudian dimuatnaikkan di akaun Instagram dan Youtube miliknya.

Menurut Amelina, dia rindu untuk kembali beraksi di hadapan peminat namun apakan daya semua telah ditakdirkan untuk berada didalam rumah bagi mengekang penularan wabak ini dan terpaksa akur dengan perintah kerajaan.

“So kaklong belanja sikit, kaklong dah takder job ni sbb covid han*t ni sakit jiwa tau, jadi kaklong rindu dgn peminat kalong suarakan apa yg kaklong nak dlm lagu, so enjoy the show


“jangan lupa saksikan full video music, di youtube channel kaklong, amelina v’ channel

“lagu memori daun pisang vs memori lockdown , recording suara oleh smule, lirik ,sendiri makeup sendiri, rambut iron & curl sendiri, video record sendiri ,”ujarnya dimedia sosial.

Selain itu, Amelina atau lebih mesra dengan panggilan kak long berharap dengan tindakannya di media sosial itu, sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran tentang bahayanya penyakit ini serta dapat mengubat kerinduan peminat terhadapnya.

Meskipun niat murninya untuk mengihiburkan peminat tetapi jauh disudut hati penyanyi ini juga sebak dan pilu bila mengenangkan nasib yang menimpa dirinya kini.

“Kaklong sejenis yg suka buat orang gembira, kaklong sentiasa nak orang yang disekeliling kaklong rasa gembira dengan kaklong tu, kaklong akan buat lawak

“kaklong suka tengok orang gembira dan selesa dgn kaklong. Bila org selesa dgn kaklong , kaklong akan terasa disayangi.

“Tapi ada masanya kaklong menangis juga klu ada sesuatu yang sgt berat yang kaklong tak dpt luahkan btw sekurang2nya terkurang sedikit pilu tu.,”ujarnya di media sosial.

Apa pun kita doakan agar kak long kuat dan tabah mengharungi dugaan ini dan kepada semua jom kita sokong perniagaan baharu penyanyi dangdut ini.

Author

Share