10 Kdrama yang paling WAAW! #Siri5

DRAMA bersiri Korea Selatan sememangnya telah menjadi fenomena dan mempunyai golongan peminat yang besar di negara kita.

Selama 4 minggu berturut-turut kami telah senaraikan 40 Kdrama yang WaaW! untuk anda layan.

Untuk minggu ini dalam Siri ke-5 sekali lagi kami bawakan untuk anda 10 cadangan Kdrama yang mampu membuatkan anda ketagih untuk menonton dan terus melekat depan tv.

INNOCENT DEFENDANT

Drama arahan  Jo Young-Gwang   ini bergenre thriller dan mempunyai 18 episod 

Drama ini mengisahkan seorang pendakwaraya terkenal, Jung Woo (Ji Sung) yang terjaga dari tidur pada satu hari dan mendapati diirinya secara tiba-tiba berada di dalam penjara dengan dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh isterinya dan anaknya.

Malangnya dia tidak mengingati kejadian tersebut kerana dia mengalami amnesia. Dia cuba membongkar misteri apa yang berlaku dan kemudian keluar dari penjara untuk mencari kebenaran.

Persahabatan di antara banduan dan diselitkan dengan humor dapat meredakan suasana drama yang agak tegang ini.

Antara barisan pelakon untuk drama ini adalah Ji Sung, Um Ki-joon, Kwon Yu-ri, Oh Chang-seok, Uhm Hyun-kyung

   UNDERCOVER

Drama arahan  Song Hyun-Wook ini bergenre drama dan mempunyai 16 episod

Drama  ini menceritakan mengenai  Han Jeong Hyeon (Ji Jin Hee) iaitu seorang agen National Intelligence Service (NIS) yang telah lama menyembunyikan identitinya.

Dia kemudian telah bertemu dengan Choi Yeon Soo (Kim Hyun Joo) yang berkerja sebagai peguam sivil dan menjadi ketua utama untuk unit siasatan korupsi Corruption Investigation Office for High-Ranking Officials (CIO).

Difahamkan Han Jung Hyun juga menyembunyikan identitinya itu sejak jatuh cinta dengan Choi Yeon Soo. Konflik bermula apabila isterinya telah ditukarkan ke unit siasatan CIO tersebut.

Antara barisan pelakon drama Ji Jin-hee, Kim Hyun-joo, Jung Man-sik, Han Go-eun

THE WITCH DINER

Drama arahan So Jae-Hyun, Lee Soo-Hyun   ini bergenre  dark fantasi dan mempunyai 8 episod

Drama ini mengisahkan restoran ahli sihir yang menjual makanan. Ia membantu merealisasikan impian sesiapa dengan meminta pertukaran nyawa pelanggan tersebut.

Jung Jin adalah wanita biasa  yang berusia  28 tahun serta melakukan pekerjaan bersama teman lelaki, tetapi teman lelakinya telah membuangnya dan dia dipecat dari pekerjaannya. Jung Jin kemudian memutuskan untuk membuka restoran dengan ibunya.

Restorannya muflis. Jung Jin ditinggalkan sendirian di restoran. Pada masa itu, Jo Hee-Ra (Song Ji-Hyo) muncul di hadapannya. Jo Hee-Ra adalah penyihir dan dia ingin meminjam restoran Jung Jin untuk membuka restorannya sendiri.

Restoran Jo Hee-Ra akan membuat makanan yang memenuhi kehendak pelanggan. Sebagai pertukaran untuk memenuhi permintaan mereka, pelanggan akan memberikan Jo Hee-Ra sesuatu yang dia inginkan dari mereka. Jung Jin pada awalnya ragu-ragu, tetapi dia memiliki pengalaman luar apabila memakan makanan daripada Jo Hee-Ra.

Kemudian dia dan Jo Hee-Ra bekerjasama dan restoran itu menjadi popular.

Antara barisan pelakon untuk drama ini adalah Song Ji-hyo, Nam Ji-hyun, Chae Jong-hyeop

MONTLY MEGAZINE

Drama arahan Lee Chang-Min yang bergenre drama dan mempunyai 16 episod

Mengisahkan Na Young-Won (Jung So-Min) adalah pengarang majalah Rumah Bulanan. Dia telah bekerja selama 10 tahun, tetapi dia masih tidak memiliki rumah sendiri. Dia kini tinggal di rumah sewa bulanan.

Walaupun begitu, Na Young-Won menjaga rumah sewanya itu seperti miliknya, namun segalanya berubah apabila pemilik rumahnya yang baru, Yoo Ja-Sung (Kim Ji-Suk), muncul di hadapannya. Dia kemudian berminat membeli rumah itu.

Antara barisan pelakon drama ini adalah Jung So-min, Kim Ji-seok, Jung Gun-joo, Kim Won-hae

LOVE FT MARRIAGE & DIVORCE

Drama arahan Shim Na-yeon yang bergenre thriller dan mempunyai 16 episod

Mengisahkan tiga wanita yang secara tiba-tiba menghadapi musibah dalam hidup mereka. Kemudian mereka mencari jalan dan usaha untuk kekal bertahan di waktu sukar tersebut.

Boo Hye-Ryung (Lee Ga-Ryeong) dulunya bekerja sebagai penyampai (announcer) dan sekarang dia bekerja sebagai DJ radio. Dia mencari keseimbangan dalam kerja serta kehidupan seharian bersama suaminya Pan Sa-Hyun (Sung Hoon). Suaminya bekerja sebagai hakim. Mereka telah berkahwin selama 3 tahun dan mereka tidak merancang untuk mempunyai anak.

Sa Pi-Young, 40-an (Park Joo-Mi) bekerja sebagai pengeluar program radio. Dia cekap dalam pekerjaannya dan juga ibu dan isteri yang baik di rumah. Suaminya Shin Yu-Shin (Lee Tae-Kon) bekerja sebagai doktor dalam neuropsychiatry dan mempunyai klinik sendiri

Lee Si-Eun, 50-an (Jeon Soo-Kyeong) adalah penulis utama program radio. Selama 30 tahun berkahwin, dia mengalami banyak kesukaran dengan pekerjaannya serta menjaga suami dan anaknya. Suaminya adalah Park Hae-Ryun (Jeon No-Min) yang kini menjadi profesor hasil berkat kasih sayang dan sokongan yang diberikan oleh Lee Si-Eun.

Antara barisan pelakon drama ini adalah Sung Hoon, Lee Tae-gon, Park Joo-mi, Lee Ga-ryeong, Lee Min-young, Jeon Soo-kyeong, Jeon No-min

HOTEL DEL LUNA

Drama arahan Oh Choong-hwan yang bergenre komedi romantik dan mempunyai 16 episod

Mengisahkan sebuah Hotel bernama Del Luna yang menjadi penempatan sementara buat roh-roh yang akan pergi ke akhirat dan sekiranya roh tersebut perlu melakukan atau menunaikan hajat terakhir jadi Hotel Del Luna adalah tempat mereka boleh laksanakan hajat tersebut.

Mereka yang bekerja di Hotel De Luna ini akan cuba membantu untuk menyelesaikan masalah ini sebelum roh mereka dibawa ke akhirat

Antara barisan pelakon drama ini adalah Lee Ji-eun, Yeo Jin-goo

DOCTOR PRISONER

Drama arahan Hwang In-hyuk yang bergenre medikal drama dan mempunyai 32 episod

Mengisahkan seorang doktor pakar yang terpaksa berhenti bekerja di hospital setelah dituduh melakukan penyelewengan perubatan. Dia mula bekerja di penjara dengan tujuan mendapatkan hubungan yang kuat untuknya membalas dendam.

Antara barisan pelakon untuk drama ini adalah Namkoong Min, Kwon Nara, Kim Byung-chul, Choi Won-young

CHICAGO TYPEWRITTER

Drama arahan  Kim Cheol-Kyu yang bergenre seram dan mempunyai 16 episod

Chicago Typewriter menceritakan tentang Han Se Joo (Yoo Ah In) seorang penulis terkenal yang mempunyai banyak peminat dan juga pembenci. Pada saat berada di luar negeri Han See Joo secara tidak sengaja telah menjumpai mesin “typewritter” antik dan kemudian ketika dia dekati mesin tersebut  lalu secara tiba tiba  saja dapat membayangkan masa lalunya.

Drama ini juga mengisahkan epik persahabatan, persahabatan, cinta dan pengkhianatan yang berlalu selama 80 tahun.

Antara barisan pelakon drama ini adalah Yoo Ah-in Im Soo-jung, Go Kyung-pyo

LIFE ON MARS

Drama arahan Lee Jung-hyo yang bergenre sains fiksyen dan mempunyai 16 episod

Drama ini mengisahkan tentang Han Tae Joo (Jung Kyung-Ho) seorang pengawai polis unit forensik yang sangat teliti.

Disebabkan ketelitiannya itu mengakibatkan rakan seperjuangannya iaitu anggota polis yang lain turut digantung kerja.

Dia tidak percaya orang dan hanya percaya apa yang dia lihat dari bahan bukti saintifik sahaja. 

Antara barisan pelakon Jung Kyung-ho, Park Sung-woong, Go Ah-sung, Oh Dae-hwan, Noh Jong-hyun

SO I MARRIED THE ANTI FAN

Drama arahan Kang Cheol-woo yang bergenre romantik komedi dan mempunyai  16 episod

Who-Joon (Choi Tae-Joon) adalah bintang popular manakala  Geun-Young (Sooyoung) adalah wartawan majalah.

Untuk mencari bahan berita yang menarik,  Geun-Young memutuskan untuk menghadiri majlis pembukaan sebuah kelab.

Di sana, dia menyaksikan tingkah laku ganas bintang popular Who-Joon dan dia juga muntah kepadanya secara tidak sengaja. Ini menyebabkan Geun-Young hilang pekerjaannya.

Setiap hari, Geun-Young membuat demonstrasi di hadapan pejabat pengurusan Who-Joon. Dia mula mendapat liputan media mengenai demonstrasinya dan tidak lama kemudian Geun-Young menjadi terkenal sebagai anti-peminat.

Seorang penerbit telah mendekati Geun-Young dan mempelawanya untuk menyertai satu rancangan realiti television dan mendedahkan mengenai kisahnya dan konflik yang terjadi diantara bintang popular tersebut dalam program berkenaan.

Antara barisan pelakon drama ini adalah Choi Tae-joon, Choi Soo-young, Hwang Chan-sung, Han Ji-an, Kim Min-kyu

Okay itulah dia 50 Kdrama yang WaaW! telah kami senaraikan untuk anda.

Jika terlepas, sila buat carian KDRAMA dan senarai siri 1 hingga 5 akan tertera.

Kami bawakan yang terbaik hanyalah untuk anda!

Untuk minggu yang seterusnya kami akan bawakan senarai Kdrama yang WaaW! mengikut genre pula.

Jangan lupa check it out tau

Author

Share