Kdrama: Kingdom mula kembangkan sekual mereka, selepas Ashin, The Crown Prince bakal menyusul

Selepas kejayaan Kingdom: Ashin Of The North yang dibintangi oleh Jun Ji Hyun, dengarnya akan ada sambungan sekuel terbaru dari siri Kingdom berjudul Kingdom: The Crown Prince yang bakal ditayangkan di Netflix.

Sekuel terbaharu ini  bakal dibintangi oleh Ju Ji Hoon selaku penaraju utama untuk drama ini.

Drama Kingdom: The Crown Prince

Difahamkan Sekuel kedua yang terbaharu ini  “Kingdom: The Crown Prince” berkemungkinan besar akan lebih fokuskan kepada pelakon Ju Ji Hoon yang memegang watak sebagai Putera Mahkota Lee Chang.

Ju Ji Hoon yang memegang watak  Putera Mahkota Lee Chang.

Untuk sekual terbaharu ini lebih mengungkap kisah-kisah sulit dari masa silamnya termasuk dilahirkan sebagai anak luar nikah.

Khabarnya penggambaran untuk drama ini akan bermula pada separuh kedua tahun 2021 dan dijangka bakal ditayangkan pada tahun 2023.

Drama Kingdom: Ashin of the North

Jika sebelum ini siri drama Kingdom: Ashin of the North merupakan ‘spin-off’ kepada sambungan Kingdom musim kedua.

Drama bersiri Kingdom: Ashin of the North, merupakan episod istimewa yang dikhaskan untuk pelakon Jun Ji Hyun yang memegang karakter sebagai Ashin dimana kumpulan Lee Chang (Joo Ji Hoon) berjumpa ketika perjalanan ke utara di episod akhir musim kedua Kingdom.

Episod istimewa ini bukan sahaja akan merungkai latar belakang Ashin, tetapi akan menceritakan asal usul pokok kelahiran semula yang di jumpai oleh Ashin ketika kanak kanak yang dilakonkan oleh Kim Sim Ah.

Author

Share