10 perkara WaaW! mengenai Olimpik Tokyo yang perlu anda tahu





Seperti yang semua sedia maklum, Olimpik Tokyo telah ditangguhkan selama setahun dari tahun 2020 akibat penularan wabak COVID 19 dan setelah sekian lama menanti akhirnya acara sukan terbesar dunia kini berlangsung jua.

Negara Jepun mempunyai sejarah WaaW! dengan Sukan Olimpik, ini kerana negara matahari terbit ini merupakan satu-satunya negara Asia yang menjadi tuan rumah untuk Sukan Musim Panas kali kedua dalam sejarahnya.

Berikut adalah senarai trivia Olimpik Tokyo bagi membantu menaikkan semangat kesukanan anda ketika musim Olimpik ini.

Iklim yang lebih panas

Kota Tokyo dengan cuaca yang lebih panas.

Sukan Olimpik pertama di Tokyo telah berlangsung pada tahun 1964. Sukan Olimpik dijadualkan pada bulan Oktober kerana ketika itu cuaca lebih baik berbanding dengan tempoh bulan Julai-Ogos  yang dilihat lebih lembap dan panas.

Sukan Olimpik memasuki Asia

Perarakan kontijen Malaysia masuk ketika Majlis Pembukaan Olimpik diadakan.

Sukan Olimpik Musim Panas 1964 di Tokyo telah membuktikan bahawa ia sukan pertama yang diadakan di Asia. Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan menjadi Olimpik keempat yang diadakan di Jepun – ini menjadikan Tokyo satu-satunya bandar Asia yang menjadi tuan rumah Sukan Musim Panas untuk kali kedua.

Perang Dunia II tenggelamkan Sukan Olimpik 1940

Pada tahun 1936, Tokyo telah dipromosikan sebagai tuan rumah untuk Olimpik 1940 tetapi dijadualkan semula kerana Perang Dunia II kesan daripada Perang Dunia II akhirnya Olimpik telah ditinggalkan.

Empat sukan baru

Difahamkan ada empat sukan Olimpik baru akan membuat penampilan sulung di Tokyo 2020 Games iaitu karate, papan luncur, sukan mendaki dan surfing.  Manakala untuk sukan besbol dan softball yang sepatutnya tidak dijadulkan bertanding pada Olimpik sejak dari tahun 2008, kini akan kembali pada temasya sukan tahun ini.

47 wilayah Jepun dan stadium seperti pokok hidup

Stadium ini mempunyai kayu di bahagian luaran dan dalaman. Sebagai ode ke Jepun, kayu itu adalah sumber dari semua 47 wilayah negera Jepun. Arkitek telah menggambarkan struktur itu sebagai ‘pokok hidup’ dan dibina dengan cara untuk memaksimumkan angin yang mengalir melalui stadium agar tidak terlalu bergantung pada penyaman udara(air-cond).

Barang yang boleh dikitar semula

Kitar semula

Antara yang menarik mengenai Olimpik 2020 ini juga adalah barang-barang seperti podium, seragam dan pingat semuanya dibuat dari bahan kitar semula. Malah tempat tidur di Olympic Village juga dibuat daripada kadbod yang akan dikitar semula selepas temasya, malah ada yang mengatakan katil itu bagi mengelakkan para atlit melakukan hubungan seks sepanjang temasya ini berlangsung.

Pingat daripada barang elektronik yang dikitar semula

Rakyat di Jepun diminta untuk menyumbangkan barang elektronik mereka yang tidak digunakan seperti telefon bimbit untuk menyumbang kepada penghasilan pingat Olimpik dan Paralimpik.

Obor dan Kereta Api

Obor Olimpik Tokyo menyerupai bunga sakura

Obor yang digunakan untuk Tokyo Olympic Torch Relay menyerupai bunga sakura yang merupakan simbol Jepun yang terkenal. Obor yang bermula pada bulan Mac tahun ini bertepatan dengan musim bunga sakura yang telah mengembara ke seluruh Jepun. Obor ini dibuat daripada satu kepingan logam yang menggunakan teknologi canggih dan menggunakan bahan yang sama juga untuk menghasilkan kereta api Shinkansen.

Maskot oleh pelajar

Miraitowa dan Someity

Sebanyak 16,769 reka bentuk yang dibuat oleh kanak-kanak sekolah telah dipilih untuk menjadi Maskot Olimpik yang dikenali sebagai Miraitowa, Ia telah direka dengan warna biru indigo Jepun.

Maskot Paralimpik, sebaliknya, dikenali sebagai Someity, yang mempunyai warna merah jambu yang sama dengan bunga sakura yang terkenal di Jepun.

Jumlah bilangan pingat

Sepanjang 22 kali Sukan Olimpik pada Musim Panas yang lalu, Jepun telah memenangi 439 pingat, termasuk 41 di Sukan Olimpik Rio De Janeiro 2016, yang merupakan jumlah pingat tertinggi untuk negara Jepun setakat ini. Daripada 41 pingat, 12 adalah emas, mencatat satu lagi rekod tertinggi untuk Jepun. Sebaliknya, Jepun hanya memperolehi 58 pingat dari semua Sukan Musim Sejuk sebelumnya.

Sumber : Timeout.com & Free Press Journal

Author

Share