Caprice didakwa bertemu lelaki misteri, masih koyak sampai upload gambar iblis dan tutup komen IG?

PETALING JAYA: Penyanyi rap yang kini masih berada di Mesir untuk misi kemanusian disana didakwa koyak apabila memuatnaik gambar iblis dan menutup ruangan komen hantaran berkenaan.

Perkongsian tersebut menimbulkan persoalan dan dakwaan apakah Caprice masih tidak dapat move on dengan hentaman dan cacian netizen lemparkan terhadap dirinya sejak berlakunya perselisihan faham dengan Ustaz Ebit Liew minggu lalu.

Dalam perkongsian itu Caprice menulis: “Siap sedia untuk kebenaran Malaysia.

“Bersedialah, ia akan datang. Iblis akan memperdaya, berpura-pura dan memberikan kemanisan.

“Tetapi Allah adalah sebaik-baik Perancang. Masa kian dekat,” ujar Caprice dalam perkongsian itu.

Tindakan Caprice menutup ruangan komen juga didakwa sebagai satu langkah berjaga-jaga ataupun dia masih belum bersedia sepenuhnya untuk terus menghadapi tekanan dari situasi yang dihadapinya sebelum ini.

Malah kandungan perkongsian gambar iblis berkenaan tidak dapat dipastikan ditujukan kepada siapa.

Caprice juga mendedahkan dirinya bertemu dengan seorang lelaki misteri menerusi satu lagi perkongsian video lagi.

“Caprice cuma nak kongsi satu cerita yang berlaku semalam yang sangat-sangat pelik.

“Makin lama dia jadi makin besar dan lagi dalam.

“Tiba-tiba Caprice nak keluar dari hotel, ada seorang datang dari belakang Caprice, berumur lingkungan 50-an.

“Akhirnya kami lepak selama lebih kurang empat jam.

“Caprice perasan dia punya jam, Caprice memang minat jam.

“Perkara pertama yang Caprice buat apabila bertemu dengan sesiapa adalah melihat jamnya.

“Caprice perasan satu lambang pada jam, selama ini kita fikir ia adalah konspirasi lah, teori lah.

“Caprice tegur dia punya jam, dia gelak dan senyum.

Menurut Caprice lagi, lelaki misteri berkenaan berkata apa yang kita nak cuba buat di kawasan ini bagus tapi sangat-sangat bahaya.

“Apa yang menakutkan adalah bagaimana dia kenal Caprice, dia siapa dan Caprice taktahu dia kawan atau musuh kita.

“Tapi bila kita dalam fisabilillah, Caprice serahkan semuanya pada Allah SWT.

“Inshallah Caprice akan balik ke Malaysia, ianya menakutkan tapi harap dalam masa yang terdekat anda akan lihat apa yang Caprice cuba lakukan disini,” kongsi Caprice dalam video berkenaan.

Terdahulu salah faham diantara Caprice, Ebit Liew dan Nadir Al-Nuri yang turut terkait dalam kontroversi ini tular sepanjang minggu lalu.

Malah Ustaz Ebit juga telah membuat laporan polis terhadap dakwaan yang dilemparkan terhadap dan menyifatkan semuanya sebagai fitnah.

Author

Share