Tiga bintang antarabangsa trilogi Fear Street takut tengok filem seram Malaysia beb

REAKSI tiga bintang Hollywood daripada trilogi Fear Street iaitu Kiana Madeira (Deena), Olivia Scott Welch (Sam Fraser) dan Benjamin Flores (Josh) menonton karya filem seram Malaysia menarik perhatian penonton.

Ini juga membuktikan level filem seram yang kita hasilkan bukan cap ayam seramnya malah WaaW! seramnya beb.

Berjaya membuatkan jantung penonton berdebar menerusi lakonan mereka, kini tiba giliran ketiga-tiga bintang itu untuk melihat beberapa adegan daripada filem Roh, Munafik 2 dan Hantu Kak Limah.

“Saya tidak tahu bagaimana dengan anda semua, tetapi balik rumah nanti saya pasti akan mengkaji untuk menonton semua filem-filem yang dipertontonkan sebentar tadi,” ujar Kiana.

Adegan Hantu Kak Limah yang mana dia terapung di udara turut mengundang tanda tanya dikalangan tiga bintang itu.Mereka tidak mengetahui bahawa filem tempatan ini menyelitkan elemen jenaka sebagai plot utama.

Netflix mengumumkan trilogi Fear Street yang ditayangkan selama tiga minggu berturut-turut bermula pada Julai ini.

Diadaptasi dari siri buku dengan judul yang sama tulis RL Stine, filem ini mengisahkan mengenai sekumpulan remaja di Shadyside yang diselubungi kejahatan kuno.

Terbahagi kepada tiga bahagian, filem Fear Street merupakan trilogi filem misteri thriller remaja arahan Leigh Janiak dengan skrip yang ditulis bersama Phil Graziadei.

Bahagian pertama Fear Street dilancarkan seluruh dunia pada 2 Julai, diikuti bahagian kedua pada 9 Julai dan bahagian ketiga pada 16 Julai secara ekslusif di Netflix.

https://fb.watch/6_9X6ciM09/

Author

Share