Kahwin dan tidur sekatil dengan mat salleh pun tetap bimbo, Micheal Ang tuju pada L*** ke?

PETALING JAYA: Pengarah popular, Michael Ang dilihat kurang setuju dan menyelar beberapa individu yang sengaja mencetuskan provokasi serta menyebarkan perkara negatif terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia baru ini.

Baru-baru ini timbul isu apabila terdapat pelakon wanita yang lantang menyuarakan pendapat serta menyelar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia di media sosial lalu pengarah ini terpanggil untuk memberi komennya secara peribadi terhadap apa yang dilakukan oleh pelakon wanita tersebut.

Michael kembali lantang bersuara di media sosial serta menyelar individu terbabit dengan menggelarnya Bimbo kerana didakwa tidak menggunakan fikiran waras sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut.

“pada mereka yang tak faham maksud bimbo. kenapa eh ada org terasa bimbo tu dia eh? mengikut definasi apa itu bimbo, an attractive girl – tak mungkin anda, a young woman

“Salam semua. ! A true bimbo will forever stay a bimbo! I guess men’s just love them till they are caught in the clutches of Malaysian bimbos. Cuba la ajar cara hidup barat macam mana pun la KEBIMBOAN itu takan hilang! Luv u all n be safe,” ujarnya di media sosial.

Menurut Michael Ang, dia juga akui bahawa dirinya juga sebagai bimbo namun itu bukan fakor untuk dia tidak berfikiran waras dan mempertikai tugas Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menangani wabak COVID-19 saat ini.

“bimbos sedunia!  walaupun aku mengaku aku pun boleh di category kan bimbo jugak! tapi aku pilih jadi bimbo pandai sikit! sayang anda dan kekal selamat okay!,”ujarnya di media sosial.

hantaran yang dibuat oleh Lana Nodin sebelum ini di media sosialnya.

Dakwaan yang dibuat oleh Michael tersebut seperti ditujukan buat pelakon Lana Nodin yang baru ini menyelar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, ini kerana Michael seakan memberi bayangan kepada pengikutnya dengan menyebut berkahwin dengan “mat salleh”.

“i gues a born bimbo will alwyas be a bimbo

“Kahwin mat Salleh dan tidur sekatil dengan mat Salleh pun tetap bimbo, tapi kadang- kadang bimbo ni tajam jugak pisau dia orang!, siapa faham, faham la ya,”ujarnya dalam media sosial

Author

Share