Lana Nodin dihentam kerana dakwaan freemason dan suruh Tan Sri Norhisham letak jawatan?

PETALING JAYA: Pelakon wanita, Lana Nodin telah mengundang kemarahan netizen apabila didakwa telah mempertikai dan menghina Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia baru ini.

Seperti yang kita sedia maklum kes positif COVID-19 kian melonjak saban hari hingga hampir mencecah 20 ribu kes sehingga menyebabkan pelakon ini berasa hairan lalu terus mempertikaikan tugas peranan petugas barisan hadapan.

Perkara ini menjadi tular apabila pelakon ini telah memuatnaik status di story Instagram miliknya dan menyelar petugas barisan hadapan serta Ketua Pengarah Kesihatan.  

Lana juga didakwa telah menyelar dan meminta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah supaya berhenti ‘berlakon’ daripada terus membohongi rakyat Malaysia yang sedang bergelut dengan keadaan COVID-19 yang semakin parah ketika ini.

“Agaknya dia dah 30 dose vaksin kebal dah, dalam tv je bukan main nak nangis suara sedih suruh pakai double mask!,

“Hebat lakonan. Kalah drama Melayu dekat Samarinda. Hebat KKM. Tahniah la DG (Hisham), ko ni patut stepdown dah. Tak habis-habis buat muka kesian and nangis penat tapi semua itu ko berlakon sahaja!!

“Pejabat kementerian awam boleh pulak ko tak pakai mask?? Oh lupa orang kayangankan,” tulis Lana Nordin LAgi.

Selain itu juga pelakon ini juga didakwa mahu timbulkan provokasi dikalangan pengikutnya apabila telah membuat tanda pagar yang menunjukkan kerajaan gagal.

“Sedih rakyat Malaysia kononnya kata ko itu sangatlah prihatin pada rakyat. Padahal apa jad*h ini? #StepdownDG #KerajaanKoyak #KerajaanGagal,” tulisnya.

Pelakon ini agak lantang menyuarakan pendapat dan ketidakpuasan hatinya di media sosial hingga mengundang kecaman bertubi-tubi netizen untuk menghentamnya kembali kerana dilihat sengaja memperlekehkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia beberapa kali.

“Kau ni Lana sampah tak de sumbangan pun pada negara Malaysia. Baik kau duduk luar negara je

“lain kali private kan la status hang tu, anyway, Lana ni sapa? Apa jasa dia pada negara?

“Beri pendapat dengan meroyan lain lah Lana.. status awak tu lebih kepada meroyan.. orang muda-muda cakap main hembusss je, haaa macam tu lah

“Tegur tak salah kak. Yang ko tak habis-habis balas komen orang lepastu cakap pasal freemason tu yang salah. Fitnah tu. Dg hisham pun nafikan. Tu anugerah dari Royal college kak. Kene tahu beza tau,” antara komen netizen yang marah lalu menghentam pelakon ini.

Ekoran daripada itu, dia tampil membidas komen netizen yang menghentam dirinya dan mendakwa status berkenaan bukan untuk menghina sesiapa kerana itu hanya sekadar pendapatannya sahaja.

“Kalau berasa tak suka dengan saya, sila ‘unfollow’. Jangan semakkan kepala otak anda untuk menghentam saya semata-mata tidak bersetuju dengan pendapat saya,” ujar Lana yang tampil membela dirinya.

Sedikit maklumat, Lana Nodin telah berkahwin dengan pemain bola tampar warga Amerika Syarikat yang bernama David Mckienzie pada 15 Mei 2015 dan kemudian mereka telah dikurniakan dua cahaya mata bernama Gia Quinn Mckienze dan William Daud Mckienzie.

Author

Share