Netizen kata baju Emma Maembong lebih ketat dari undang-undang negara?

PETALING JAYA: Pelakon wanita, Emma Maembong telah memuatnaik gambar bersama anaknya di laman Instagram miliknya dengan memakai pakaian (singlet) sedondon dengan anak lelakinya iaitu Shariq Gabriel berusia setahun dengan tertera tulisan Boston 23.

Emma turut menulis kasyen, “When life give you lemons, make lemonade.”

Dalam gambar berkenaan, Emma boleh dilihat telah memakai pakaian yang agak ketat dan seksi hingga menampakkan susuk tubuh badannya yang agak putih gebu itu.

Lantaran itu, ia telah mengundang pelbagai komen dari netizen, malah tidak terlepas ada menyelarnya kerana dilihat kurang sesuai berkongsi gambar memakai sedemikian di media sosial. Malah ada juga yang turut memberi komen menyakat dan lucu kepada perkongsian Emma itu.

“Baju lagi ketat dari undang-undang negara

“Dulu masa pakai tudung elok cantik tutup aurat, lepas buka tudung jadi gini.

“ Ini bukan hot mama tapi ni hot api neraka kirim salam min, nauzubillahiminzalik

“Kenapalah puan suka pakai seluar jerut c*p*ap

“Elok haritu bertudung…siap pakai handschok lagi, akhir sekali terbang semua tunjuk badan, apa niat masa pakai tudung tu tanya jeerrr,” demikian antara komen yang ditinggalkan oleh netizen.

Emma bersama suami, Shazli dan anak mereka, Shariq. Foto: IG Emma Maembong

Ekoran daripada itu, terdapat juga netizen mempersoalkan tanggungjawab suaminya iaitu Muhammad Shazli Azhar kerana tidak menasihati dan melarangnya berpakaian sedemikian meskipun sudah tahu hukum hakam mengenai Islam.

“Kejap bertudung kejap tak bertudung, dah ada anak makin berani dedah aurat, suami tak nak tegur ke pasal isteri dedah aurat pada umum,” antara komen yang mempertikai tanggungjawab suami pelakon ini.

Author

Share