Shuib, Siti Sarah sarat hamil positif COVID-19

PETALING JAYA : Penyanyi, Siti Sarah Raissuddin memaklumkan dia sekeluarga positif COVID-19 dan meminta orang ramai mendoakan mereka sembuh seperti sedia kala secepat mungkin.

Jelas Sarah, urusan perniagaan dan kerjaya masih berjalan seperti biasa namun diuruskan oleh pihak pengurusan sepanjang menjalani kuarantin selama 14 hari.

“Assalamualaikum semua..Kami sudah mendapat keputusan ujian saringan dan dukacita dimaklumkan, kami sekeluarga positif.

“Ini semua ketentuan Allah, kami menerima dengan terbuka dan berlapang dada. Mohon semua mendoakan kami sekeluarga tabah mengharungi tempoh kuarantin selama 14 hari ini.

“Kami serahkan semuanya kepada Allah..amin..InsyaAllah. Selain itu, saya juga ingin mengelakkan salah faham, urusan perniagaan dan perkara lain masih berjalan seperti biasa, namun diuruskan oleh pihak pengurusan.

“Sarah dan keluarga ingin kekal positif dan melihat apa yang terjadi ini sebagai satu hikmah. Doakan Sarah dan keluarga segera sembuh. Terima kasih,” luah Sarah.

Terdahulu, Sarah dan suami yang juga pelawak Shuib serta tiga anak mereka menjalani ujian saringan Covid-19 selepas pembantu rumahnya disahkan positif wabak itu, kelmarin.

Tambah Sarah, Sarah yang kini sarat hamil tujuh bulan turut meluahkan rasa risau dengan keadaan anak-anaknya yang masih kecil apatah lagi sedang mengalami demam. 

Sarah berkahwin dengan pelawak dan ahli perniagaan, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad, 37, pada 26 Februari 2011.

Hasil perkahwinan, pasangan ini mempunyai tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6 tahun.S

Author

Share