Dey p*ndek, hang simpan RM150 hang, aku bagi RM250, bagi aku freekick dagu hang – Sharnaaz Ahmad

PETALING JAYA: Pelakon dan Youtuber bermulut pedas, Sharnaaz Ahmad kelihatan masih lagi tidak berpuas hati dengan lelaki yang didakwa menghina seorang warga emas di sebuah pusat gelandangan di ibu kota yang tular sejak semalam.

Dalam perkongsian melalui IG Storynya, Sharnaaz memuatnaik satu perkongsian dengan kapsyen yang pedas.

“Dey p*ndek, hang simpan RM150 hang, aku bagi RM250, bagi aku freekick dagu hang,” tulis Sharnaaz.

Perkongsian itu dipercayai ditujukan terhadap lelaki yang menggunakan nama @carlsamsuddiinn yang juga merupakan individu yang tular dengan tindakan dakwaan biadap terhadap warga emas berusia 65 tahun itu.

Sharnaaz telah berkongsi tangkap layar hantaran IG lelaki berkenaan yang turut mengakui tersalah kata dalam tindakannya namun masih lagi bertanyakan apakah perkara positif yang diperolehi dari video itu.

“Saya tersalah kata. Penggunaan bahasa saya sedikit kasar tapi korang still tak dapat ke point yang saya cuba bagitahu pakcik tu?

“Korang ada tak pergi ke rumah gelandangan?…tak kan…

“Yang pergi tu saya. Apa perkara positif yang kamu dapat dari video tu?

“Cuba kongsi, saya akan bagi RM150 untuk komen paling positif, tulis lelaki berkenaan.

Terdahulu sebentar tadi, lelaki yang sama dengan menggunakan nama Khalif Samsudin di Facebook, telah memuatnaik permohonan maaf.

Dalam kenyataan sama, dia juga memaklumkan bahawa tidak pernah berlaku biadap terhadap sesiapa terutama warga tua dan sedaya upaya cuba menghormati semua golongan dan memohon maaf atas kebiadapannya.

Author

Share