Hafiz Suip tertekan kerap ditanya mengenai perubahan bentuk badan

PETALING JAYA : Kerap diajukan persoalan mengenai susuk tubuhnya, penyanyi Hafiz Suip mengakui terkesan apabila membabitkan ibu bapa, isteri dan keluarga mentuanya.

Hafiz menegaskan, dia memilih untuk tidak melayan isu itu pada mulanya kerana menganggap ia adalah lumrah apabila bergelar anak seni. 

Bentuk tubuh Hafiz sering menimbulkan tanda tanya dikalangan netizen.

“Saya faham apabila ada yang meluahkan rasa bimbang melihat susuk tubuh saya tetapi kenapa tidak menggunakan platform seperti menelefon atau menghantar mesej terus kepada saya.

“Saya memilih untuk tidak melenting kerana perkara tidak benar mengapa hendak rasa tertekan. Ini adalah lumrah hidup apabila bergelar sebagai selebriti kerana semuanya menjadi perhatian.

Hafiz Suip dan isteri serta anak-anaknya.

“Jika diajukan sama ada saya tertekan dengan isu ini, saya bertenya semula, apabila membabitkan keluarga dan sebagainya, adakah anda tertekan jika berlaku kepada anda?”, ujar Hafiz.

Hafiz mengulas mengenai bentuk tubuhnya yang menjadi perbualan ramai dan kapsyen yang dimuat naik di media sosial menimbulkan tanda tanya.

Sebelum ini, keadaan kesihatan penyanyi Awan Nano itu menjadi tanda tanya warganet apabila gambar perkongsian terbaharu di Instagramnya dilihat semakin susut.

Bagaimanapun, Hafiz berkongsi dirinya berada dalam keadaan baik serta sudah menjalani pemeriksaan kesihatan.

Seterusnya, dia berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan serta mengambil berat terhadap keadaannya kini. Malah, dia juga turut mendapat nasihat daripada aspek alternatif.

Author

Share