Rosyam Nor berang dengan pelakon kekwat?

PETALING JAYA: Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor meluahkan rasa kesal terhadap seorang selebriti wanita yang didakwa telah berkelakuan “kekwat” dengan produksi miliknya iaitu Suhan Movies.

Menurut Rosyam Nor atau nama sebenarnya Mohamed Noor bin Shamsuddin berkata, dakwaan ini berlaku apabila dia ingin menawarkan pelakon terbabit untuk membintangi drama terbaru daripada produksi miliknya.

Difahamkan pelakon wanita tersebut berkelakuan “kekwat”  kerana terlampau memilih watak serta cerewet hingga mengakibatkan kesukaran pihak produksi Suhan Movies untuk menguruskan pelakon itu semasa sesi pemilihan watak.

“pelakon wanita itu, ketika dia sampai ke pejabat saya, dia agak demanding, dia cuba berlagak dan dia hanya memilih watak dengan apa yang dia nak bawak, kemudian pekerja saya tak dapat nak uruskan dia

“Saya masuk berjumpa dengan dia dan saya lihat dia macam berlagak sikit la, kemudian saya cakap dekat pekerja, okay kita tak boleh nak ambil dia la sebab cara dia tu,lagi pun dia ada filem bakal ditayangkan ketika itu,” ujarnya dalam satu sidang media.

Disebabkan itu, pihak produksi Suhan Movies memilih untuk enggan berurusan dengan pelakon wanita tersebut kerana dikhuatiri akan berulang kembali perangai “kekwat” yang dilakukannya sebelum ini.

“bila ada watak tertentu yang kena dengan dia, budak-budak saya jadi seram nak ambil dia takut kena macam yang mula-mula kan, dengan Suhan tak ada istilah Banned

“Saya dah jumpa ramai jatuh bangun para pelakon dalam usia lakonan saya 38 tahun ni

“saya bila buat satu drama atau kerja, saya memang beria-ria untuk menjadikan orang yang kita ambik tu jadi bagus, kita tolong sebenarnya untuk naikkan tahap lakonan dia dan saya alhamdulilah lepas tu drama yang sepatunya dia jadi heroin telah meletup sangat,” ujar Rosyam pada media.

Lakonan Rosyam Nor dalam KL Gangster 2

Menurut Rosyam, pelakon wanita tersebut ada berjumpa dengannya sejurus drama berkenaan meletup dan menyesal kerana pernah menolak perlawaannya sebelum ini.

“dia ada berjumpa dengan saya dan daripada bahasa tubuh, air mukanya, saya nampaklah yang dia agak menyesal tak ambil

“drama Suhan tak ada la bagus sangat tapi saya dan pasukan serta stesen Tv tempatan yang bekerjasama, kita akan pastikan drama yang kita buat tu lain sikit memastikan kualiti drama tu ada

“sebab saya kena jaga Suhan Movies punya branding dan saya punya branding dan semua artis yang bekerja dibawah saya punya branding,”ujar Rosyam pada media.

Terbaharu, Rosyam Nor juga turut membintangi drama terbaru produksinya menerusi drama Cik Ayu Mee Sanggul yang kini sedang ditayangkan di Astro Ria HD pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Author

Share