Kdrama – Soong Joong Ki, hero jambu kegilaan ramai

BUAT peminat Kdrama pastinya mengenali sosok tubuh pelakon Song Joong Ki, Waaw.my kongsikan sedikit info mengenai hero kegilaan ramai ini, pasti ramai yang ingin tahu siapakah dia disebalik kaca tv.

Sedikit fakta WaaW! mengenai pelakon kacak yang digemari ini, Song Joong-ki telah dilahirkan pada 19 September 1985 dan merupakan pelakon Korea Selatan. Dia telah mendapat Pendidikan di Universiti Sungkyunkwan.

Soong Joong Ki

Dia kemudiannya telah berkahwin dengan pelakon wanita Korea Selatan Song Hye-kyo pada tahun 2017, difahamkan cinta mereka mula berputik ketika bergandingan dalam sebuah drama Descendants of the Sun, ramai peminat menggemari mereka digandingkan dalam drama tersebut kerana dilihat begitu romantis, namun perkahwinan yang dibina tidak kekal lama apabila pada tahun 2019 mereka ditakdirkan berpisah.

Dia telah berkahwin dengan pelakon Korea Selatan Song Hye-kyo sebelum ditakdirkan berpisah pada 2019

Namanya mula dikenali menerusi drama bersejarah Sungkyunkwan Scandal pada tahun 2010 dan kemudian telah menyertai program realiti terkenal Running Man pada tahun 2010 hingga 2011 sebagai salah seorang anggota pemain dalam program berkenaan.

Pembabitan Song Joong Ki dalam program Running Man

Antara pembabitan awal Soon Joon Ki dalam lakonan drama dalam industri telah bermula pada tahun 2007 menerusi drama Get Karl! Oh Soo-jung, 2008 Love racing, My Precious You, 2009 menerusi drama, Triple,  My Fair Lady, Will It Snow for Christmas? 2010 menerusi drama, OB & GY, Sungkyunkwan Scandal , 2011 menerusi drama Deep Rooted Tree.

2012 menerusi drama The Innocent Man, 2016 menerusi drama Descendants of the Sun, The Sound of Your Heart, 2017 menerusi drama Man to Man , 2018 menerusi drama Man to Man , 2019 menerusi drama Arthdal Chronicles dan yang terbaharu pada tahun 2021 menerusi drama Vincenzo.

Antara babak lakonannya dalam drama Vicenzo

Drama terbaharu lakonannya adalah menerusi drama Vincenzo yang menjadi kegilaan penonton Kdrama saat ini. Drama yang mengisahkan  dua orang peguam iaitu Park Joo-hyung (Song Joong-ki) dan Hong Cha-young (Jun Yeo-bin). 

Selain itu, pelakon ini juga mendapat perhatian dalam drama Arthdal Chronicles kerana drama ini merupakan kemunculan pertamanya setelah berkahwin dengan Song Hye Gyo.

Drama Arthdal Chronicles

Drama yang mengisahkan  tanah mitos yang dipanggil Arth, penghuni kota kuno Arthdal bergelut dengan perebutan kuasa, kemudian telah menemui cinta di dalam perjalanan perebutan kuasa tersebut.

Difahamkan drama ini kurang mendapat sambutan oleh peminat Kdrama kerana wataknya yang kurang sesuai dalam drama itu.

Soon Joon Ki banyak menayangkan susuk tubuhnya dalam drama berkenaan dengan hanya memakai baju kulit tidak berlengan serta memakai seluar pendek ketika didalam hutan yang dilihat kurang sesuai dengannya.

fakta menarik mengenai pelakon SONG JOONG KI

Kim Jong Kook kiri manakala kanan Song Joong Ki

Dia pernah membintangi dua muzik video bersama penyanyi Kim Jong-Kook’s menerusi lagu Men Are All Like That dan Poisonous Tongue.  Dia telah bersetuju untuk membintangi video Jong Kook secara percuma kerana mereka pernah menyertai program bersama iaitu Running Man.

Song Joong Ki masa kecil

Semasa Song Joong-ki masih kecil, dia seorang yang sangat pemalu lalu ibu bapanya menyedari perkara ini  dan cuba untuk memperbaiki keadaan dirinya itu dengan meminta dia menyertai  pelbagai aktiviti sosial. Antara salah satu perkara yang ibubapanya lakukan adalah dengan mendaftarkan  dia ke kelas lakonan.

Dia merupakan pelajar cemerlang sewaktu dibangku sekolah apabila telah memperolehi keputusan A di semua kelasnya semasa sekolah menengah. Dia bahkan memenangi anugerah untuk kehadiran yang sempurna dan juga telah menjadi ketua pelajar.

Di sekolah menengah, dia adalah pemain ski laju laju dan Soon juga pernah menyertai Sukan Nasional  sebanyak tiga kali, dan pernah memenangi beberapa anugerah di besar yang lain.

Selain itu, dia juga tidak merokok yea kerana ingin menjaga kesihatan serta keputihan giginya.

Kredit sumber: channel-korea.com

Author

Share