Mat Salleh cakap Melayu, Rhys Williams positif COVID-19

PETALING JAYA: Bintang Youtube, Rhys Williams telah mendedah dia kini disahkan positif COVID-19 dan denggi baru ini.

Perkara ini telah dikongsikan olehnya di laman Instagram dan jejaka yang berasal dari negara Britain ini juga mendedahkan dia telah disahkan positif COVID-19 sejak seminggu yang lalu.

“Positif Covid dan Positif Denggi


“Untuk pengetahuan semua, sejak minggu lepas saya dan keluarga saya disahkan positif Covid,” perkongsiannya di media sosial.

Difahamkan, isteri dan anaknya juga telah disahkan positif COVID-19 namun dibenarkan untuk kuarantin di rumah kerana masih dalam keadaan terkawal serta tidak mempunyai simptom parah.

“Nasib baik isteri dan anak hanya ada sikit simptom dan selamat berkuarantin di rumah,” ujarnya di media sosial.

Menurut Rhys, dia kini dimasukkan ke hospital untuk tujuan pemantuan yang rapi kerana mengalami simptom yang teruk apabila disahkan positif COVID-19 peringkat ketiga.


“Sebab simptom saya lebih teruk, sekali dengan pneumonia dalam paru2 (covid category 3) atas nasihat Dr saya masuk hospital untuk rawatan. Saya juga dapat tahu saya positif denggi sekali,” luahan Rhys di media sosialnya.

Selain itu, bintang Youtube ini juga telah mengambil kesempatan dengan memohon maaf kepada semua pengikutnya dan menzahirkan ucapan terima kasih kerana sentiasa menyokongnya meskipun dia berada dalam kesulitan.

“Kepada semua rakan-rakan dan pengikut saya, saya ingin mohon maaf jika ada kekurangan ke kesilapan sepanjang kita kenal



“Saya juga nak ambil peluang ni untuk ucap terima kasih kepada orang yang sentiasa support saya

“COVID adalah wujud kawan, tolong doakan untuk saya dan keluarga saya, kekal selamat semua,” luahanya di media sosial.

Rhys William mula dikenali di Malaysia kerana kefasihan serta sentiasa bertutur dalam bahasa melayu menerusi video “review” makanan tempatan khususnya di saluran YouTubenya dan telah tular sejak daripada tahun 2016.

Author

Share