Pelawak mengamuk diri dirakam ketika sesi jual beli “barang” yang mencurigakan?

PETALING JAYA: Isu mengenai kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks belum lagi reda, kini timbul pula isu baru oleh golongan pelawak apabila didakwa sedang melakukan sesuatu aktiviti mencurigakan pada waktu malam.

Kecoh di laman media sosial Twitter mengenai perkongsian satu video yang pelawak berkenaan sedang melakukan aktiviti jual beli “barang” pada waktu malam dengan menaiki sebuah kereta perodua Myvi.

sesi jual beli “barang”

Memetik sumber Harian Metro, menerusi video yang dirakam, individu yang dikatakan dari kumpulan popular itu tiba-tiba mengamuk apabila mengetahui urusan yang dilakukan dengan seorang penunggang motosikal sedang dirakam.

Individu itu dilihat bergegas keluar dari kereta jenis perodua Myvi yang dibawa dan meluru ke arah si perakam dan seolah-olah berlaku pertelingkahan. 

“Woi! Hang rakam apa?” kata individu itu dalam loghat Utara.

Melihat daripada perkongsian video berkenaan, sudah pasti anda sudah tahu siapakah pelawak yang dimaksudkan kerana sebelum ini juga dia didakwa sering menimbulkan pelbagai isu panas.

Difahamkan juga, perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter pada jam 8.59 malam, hari ini, sudah ditonton lebih 15,000 dan diulang kicau lebih 312 kali. 

Sumber: Harian Metro

Author

Share