Diam-diam berisi, Johan dan Ozlyn sambut anak ke-6

PETALING JAYA : “Syukur… Alhamdulillah…Ozlyn selamat melahirkan anak keenam kami. Terima kasih kepada anda yang mendoakan kesejahteraan isteri dan juga anak kami.

“Malah, kami juga tidak putus-putus menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan dan peminat. Apabila tiba masa kelak, kami akan belanja wajah bayi keenam kami. Insya-Allah, ‘know-know’ bersalin”.

Penyampai radio dan pelawak, Johan Raja Lawak berkongsi berita gembira memaklumkan isterinya, Ozlyn selamat melahirkan cahaya mata keenam mereka baru-baru ini. 

Menurut Johan atau nama sebenarnya Mohd. Yazid Lim, dia amat berterima kasih kepada semua pihak yang tidak henti-henti mendoakan mengenai kesejahteraan isteri serta bayinya itu.

Malah, Johan menjelaskan akan berkongsi perihal lanjut serta proses menerusi saluran Youtube milik mereka sekeluarga.

“Seperti mana saya berkongsi sebelum ini mengenai anak pertama, begitu juga kami akan berkongsi proses kelahiran anak kami yang keenam ini. 

“Saya juga berharap perkongsian itu nanti memberi manfaat kepada anda di luar sana. Mungkin juga ramai yang tertanya-tanya mengenai kelahiran anak keenam kami ini.

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada tanggal 25 Julai 2009.

Hasil perkongsian hidup tersebut, Johan dan Ozlyn dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleq.

Author

Share