[VIDEO] Lantaklah, yang tanggung dosa aku – Ifa Raziah

PETALING JAYA: Gara-gara memuatnaik gambar memakai tudung setiap hari jumaat dan bulan Ramadhan, pelakon dan penyanyi Ifa Raziah telah diselar netizen di media sosialnya.

Ifa Raziah atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, telah menjadi ‘bahan’ warga netizen ekoran didakwa seolah-olah mempersendakan isu sensitif iaitu bertudung.

Ini kerana, dia sering memuatnaik gambar bertudung di laman Instagramnya.

Meskipun mendapat kecaman, namun Ifa mengendahkannya malah, membidas kembali segala tomahan yang dilemparkan terhadapnya.

“Aku nak pakai tudung ke, tak nak pakai tudung ke, lantaklah, yang tanggung dosa aku

“Apa masalah hidup korang, sekurangnya, aku nak pakai tudung daripada tak pakai langsung

“Kau nak apa, nak suruh aku bukak semua, tayang itu ini,” ujarnya.

Difahamkan, Ifa mendakwa dirinya menjadi mangsa tomahan netizen, kerana memuatnaik gambar bertudung setiap hari jumaat, bulan Ramadhan dan Syawal.

“Sekurangnya setiap jumaat aku pakai, bulan ramadahan dan sampai satu Syawal aku pakai tudung,

“Kita menghormati bulan mulia, masalah korang ni netizen, diri sendiri pun tak hormat, apa lagi orang lain,” bidas Ifa Raziah.

Menurut Ifa lagi, ini bukan kali pertama terjadi pada dirinya, malah ia sudah lali dengan segalan tomahan yang diberikan oleh netizen.

Baginya ia adalah satu asam garam kehidupan yang perlu dilalui sebagai anak seni.

Selain itu, Ifa ingin berkongsikan berita gembira buat peminatnya, apabila dia kini sedang menanti keputusan kehamilan.

“Mungkin bulan ni Saya akan war-warkan berita terkini, doakan yea

“Sekarang ni saya dah sebulan setengah datang bulan, jadi tunggu dua bulan,

Tambah Ifa lagi, dia akan berkongsikan berita itu pada 9 September ini, genaplah dua bulan yang dimaksudkan, segala persoalan bakal terjawab samada hamil ataupun tidak.

“Tapi dengan umur saya ni, kudrat yang ada ini mungkin tidak sekuat dahulu

“9 September ni genap dua bulan, kalau jadi baru Saya war-warkan berita ini,” katanya.

Author

Share