Teruja anak kacukan Korea-Malaysia bakal lahir – Ryzal Ibrahim

PETALING JAYA: Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim berkongsikan keadaan terkini isterinya Maryam Younarae, sewaktu kehamilan anak sulungnya.

Difahamkan, Ryzal Ibrahim atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim menunggu detik untuk menyambut kelahiran anak sulungnya itu.

Usia kandungan isterinya Maryam kini mencecah 8 bulan, Ryzal dijangka bakal menerima cahaya mata pertamanya itu pada bulan Oktober nanti.

Pasangan romantis Malaysia dan Korea ini dikatakan telah menjadi tular sebelum ini kerana sering berkongsikan video menarik mengenai kisah perkahwinan mereka menerusi Youtube DurianKimchi.

Menurut Ryzal, isterinya kini sukar berengang dengannya malah sering menemaninya sewaktu melakukan kerja, meskipun Maryam dalam keadaan sarat mengandung.

Melihat keadaan isterinya kini sedang sarat, membuatkan selebriti media sosial ini berat hati untuk meninggalkan isterinya keseorangan dirumah.

“Setiap kali saya keluar Maryam akan tanya “Abang nak sayang ikut tak?”

“Saya tak benarkan dia ikut risaukan kandungan dan kondisi badan dia tapi kesian pula tinggalkan dia keseorangan di rumah

“Saya bagitahu dia “Boleh ikut tapi duduk dalam kereta jangan keluar, biar abang je keluar,”tulisnya.

Ryzal akui kesian melihat keadaan isterinya kini yang sanggup menunggunya hingga selesai urusan kerja.

“Kesian isteri abang penat sampai tertidur tunggu abang selesai urusan kerja

“Sejak kebelakangan ni asyik nak berkepit je. Dia nak tambah lagi satu agaknya kan,” ujarnya.

Sedikit maklumat, Ryzal dan Maryam telah berkahwin pada 16 Ogos 2019 di Masjid Itaewon, Seoul Korea Selatan. Kemudian makin dikenali menerusi Youtube DurianKimchi.

Author

Share