Tidak ada yang sempurna sebabnya kita bukan hidup di dalam Syurga – Aliff Syukri

PETALING JAYA: Untuk berkahwin mudah dan untuk mempertahankanya bukan semua berjaya, itulah luahan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri mengenai pengalaman perkahwinannya bersama Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.

Menurut Aliff, dia bersyukur kerana telah dikurniakan keluarga yang sempurna dan bahagia disampingnya.

Antara insan yang menjadi tulang belakang disebalik kejayaannya adalah isteri tercinta iaitu Datin Seri Nur Shahida.

“Pewaris dan hartaku yang tak ternilai, Semua orang mengimpikan perkhawinan yang bahagia, mendapat pasangan yang sempurna dan juga hidup dengan penuh kasih sayang,” perkongsiannya.

Tambah Aliff lagi, dia turut berkongsikan beberapa tips untuk mengecapi kebahagiaan berumah tangga, baginya yang utama adalah perlu mempunyai sikap toleransi bersama pasangan.


“Tapi percayalah dalam kehidupan ini tidak ada yang sempurna sebabnya kita bukan hidup di dalam Syurga. Dan yang paling penting adalah sikap tolak ansur dan melengkapi satu sama lain,” ujarnya.

Bagi pelatun lagu ‘Cowok Baru’ ini, berkahwin merupakan perkara yang mudah, namun untuk mengekalkan kebahagiaan serta kekal bertahan adalah perkara yang sukar untuk dilakukan.

Ditambah pula, impak wabak COVID-19 yang meninggalkan kesan buat semua rakyat di Malaysia.


“Untuk berkhawin mudah dan untuk mempertahankanya bukan semua berjaya. Banyak kecundang di tengah jalan terutamanya musim COVID sebab banyak pasangan yang mampu hidup senang bersama tetapi gagal hidup susah bersama

Selain itu, Aliff turut mendoakan buat semua pasangan yang berkahwin supaya dikekalkan hubungan serta mempunyai kebahagiaan rumah tangga sepertinya.

“Apa pun saya doakan perkhawinan anda kekal hingga Jannah. Amin ya rabal alamin,” katanya.

Author

Share