Aliff Aziz kini tak lagi buat masalah, hubungan makin erat?

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Bella Astilah telah berkongsikan detik manis meraikan ulang tahun ke lima perkahwinannya bersama suami iaitu Aliff Aziz.

Perkara ini telah dikongsikan olehnya menerusi akaun Instagram dengan memuat naik beberapa gambar kenangan bersama suami tercinta.

“Selamat hari ulang tahun perkahwinan kelima sayang @iamaliffaziz, selebihnya saya sudah hantar melalui whatapps je,” perkongsiannya.

Bella Astilah memberitahu kali pertama berjumpa dengan suaminya pada tahun 2012, kemudian pada tahun 2015 telah bertunang dan pada tahun 2016 mereka telah selamat di satukan.

“Kali pertama berjumpa pada tahun 2012, dia bertanya, kemudian saya berkata ‘yes’

“Bertunang pada tahun 2015 dan kemudian 2016 kami berkahwin,” tulisnya.

Menurut Bella perkahwinan yang dibina ini, mempunyai pelbagai rintangan malah pernah ditakdirkan berpisah pada tahun 2019 kerana kontroversi yang kerap menghimpit. Kemudiannya telah kembali rujuk pada tahun 2020.

“Kita banyak lalui rintangan bersama dan banyak lagi rintangan yang bakal ditempuhi,” katanya

Menurut Bella lagi, sumber kekuatan pada perkahwinan mereka adalah anak-anak, kerana mereka punca utama Aliff dan Bella kekal bertahan hingga sekarang.

Ditambah pula, suaminya Aliff Aziz telah melalui tranformasi yang jauh berbeza daripada dirinya sebelum ini, dia banyak mendekatkan diri pada keagamaan dan berhijrah.

“Tapi kita berjaya laluinya bersama anak-anak disisi, Insha allah,” ujarnya.

Melihat perkongsian yang dibuat oleh Bella, rata-rata telah memberikan ucapan dan mendoakan kesejahteraan rumah tangganya.

“Semoga kekal bahagia dunia dan akhirat Bella

“Kagum dengan hubungan korang, sekuat mana dugaan, tetap bersama, dan Alif banyak perubahan, sangat menginspirasikan bagi semua manusia, semoga hingga jannah ya,” komen netizen.

Author

Share