#MSS Ayam Goreng Pedas Korea, Sedap Terangkat Tanpa Guna Pes!

Ada sesiapa yang minat dengan makanan Korea? Kali ini Makan Sana Sini ingin kongsikan resepi viral ‘Ayam Goreng Pedas Ala Korea Simple Dan Sedap’.

Tanpa perlu gunakan pes Gochujang pun, hanya menggunakan resepi ini je. So Easy!

Bahan-bahan:

  • Drummet/chicken wings
  • Tepung goreng bistari (i guna yg spicy baru rasa lagi kick pedas tu)
  • Blackpepper
  • Serbuk cili
  • Bawang putih (blender)
  • Cili kisar
  • Lemon
  • Madu
  • Sos tomato

Cara-cara :

  • Perap ayam dalam tepung goreng bistari. Caranya letak tepung dalam 2-3 sudu, sedikit blackpepper, sedikit bawang putih yg dikisar, masukkan sedikit air lepas tu gaul sebati. Perap dalam 10-15 minit macam tu
  • Salutkan ayam yg diperap tadi dalam tepung goreng bistari yg kering. Hangatkan minyak lepas tu terus letak ayam di dalam minyak goreng hangat tadi seperti hangatnya kasih abang terhadap adik ketika adik masih kurus dulu
  • Sangai bijan dalam kuali. Agak2 dh perang ketepikan bijan tu
  • Untuk sos pulak, tumis bawang putih yg dikisar tadi bersama cili kisar. Agak-agak cili kisar dah garing letak serbuk cili 2-3 sudu. Nak pedas letak lagi banyak pun tak jadi masalah. Masukkan sos tomato, madu, gula, garam, air perahan lemon (agak-agak la ye, kalau letak banyak sangat masam pulak nanti jadi sour korean chicken)
  • Agak-agak sos dah gaul sebati sos tadi boleh lah masukkan bijan yg disangai tadi bersama ayam yang dah siap digoreng tadi.
  • Gaul-gaul sampai melekat betul-betul sos dekat ayam tu. Nak tabur daun bawang lagi cantik nampak kombinasi kaler merah campur hijau gitu.

Kredit : Rozlyn Farah Diana

Author

Share