Vaksin atau tidak terpulang hak individu, namun kesannya kepada seluruh produksi – Nadiya Nissa

PETALING JAYA : Pelakon, Nadiya Nissa berpendapat setiap individu mempunyai hak tersendiri untuk menerima suntikan vaksin bagi mengekang penularan COVID-19 atau tidak.

Jelas Nadiya, individu yang memilih untuk tidak mengambil vaksin bukan saja memberi risiko kepada diri sendiri, malah kepada seluruh produksi sekiranya seorang individu dijangkiti.

Tambah Nadiya, biarpun bebanan berat kepada pihak yang tidak mengambil vaksin. Namun, impak itu nanti membabitkan pelbagai aspek seperti masa, kos dan banyak lagi.

“Pada pendapat saya, setiap individu berhak untuk mengambil vaksin kerana terpulang kepada pendapat dan pemahaman masing-masing. 

“Cuma apabila mereka memilih untuk tidak dilindungi dengan vaksin dan tidak berlaku jujur kepada produksi, ia akan memberi impak negatif kepada seluruh produksi. Sekaligus membahayakan nyawa semua. 

“Contohnya sekiranya terlibat dengan penggambaran dan tidak sihat, maka jadual penggambaran juga tergendala. Malah, penerbit juga perlu menanggung kos banyak perkara,” ujar Nadiya.

Nadiya mengulas mengenai sikap segelintir pihak industri kreatif yang memandang lewa syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan ketika sesi sidang media virtual drama bersiri Penghulu Interim pada Rabu. 

Selain Nadiya, drama bersiri arahan Aloy Paradoks yang bersiaran setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 9 malam ini turut menampilkan Beto Kusyairy, Issey, Roy Azman dan ramai lagi.

Drama berjudul Penghulu Interim ini disiarkan setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 9 malam di saluran 123 (Astro) dan MyTV di saluran 112. Penonton yang ingin menonton semula boleh layari laman sesawang rasmi Awesome TV pada bila-bila masa. 

Layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my atau muat turun aplikasi AwesomeTV di App Store atau Google Play Store untuk menonton siaran ulangan rancangan menarik di Awesome TV.

Author

Share