Kerap belanja posing ghairah, netizen dakwa Janna sakit mental ?

PETALING JAYA: Gara-gara sering ‘belanja’ gambar dirinya di media sosial, pelakon dan pengacara Janna Nick sekali lagi tidak terlepas menjadi topik hangat oleh netizen untuk menghentamnya.

Pelakon ini didakwa tidak serik menayangkan gambar dirinya serta dilihat sengaja menarik perhatian netizen untuk menyelarnya dengan perkongsian gambar menghairahkan itu.

Terbaharu, Janna sekali lagi telah menayang gambar bahagian belakang tubuhnya dengan aksi yang terlihat menghairahkan.

Ekoran sering memuatnaik gambar ‘belanja’ di media sosial, Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner, 26, telah dilemparkan dakwaan sakit mental oleh netizen.

Malah ada juga yang mendakwa dia sengaja mereka-reka cerita mengenai isu kesihatan mental demi meraih populariti.

Menurut Janna, dia akui kecewa dan terkilan dengan sebilangan netizen yang melamparkan tomahan sedemikan terhadapnya tanpa mengetahui hujung pangkal.

Pelakon Melastik Ke Hatimu ini juga, kurang senang dengan sikap netizen yang bersikap tidak sensitif dan memandang remeh tentang isu masalah kesihatan mental.

Disebabkan sering menjadi perhatian netizen, Janna telah kembali membidas segala tomahan yang dilemparkan terhadapanya.

“Kenyataan sekarang, jadi artis je tak boleh cakap benda yang salah, jadi netizen semua boleh la cakap

“Semua benda la boleh ulas

“Iyalah, dah jadi ‘public figure’. Terima sahaja apa kritikan orang,” luahnya.

Dia tidak mengerti mengapa dirinya sering menjadi mangsa siber buli hingga menjatuhkan maruahnya.

Menurut Janna lagi, mesikpun sering berhati-hati dalam penggunaan platform media sosial, namun tetap menjadi mangsa kecaman.

“Kadang-kadang tak faham kenapa wujud manusia yang gigih komen benda-benda teruk dan menyakitkan hati orang lain.

“Saya pun pengguna media sosial juga tetapi tidak pernah pun nak tulis komen terus atau tinggalkan kritikan kerana tidak suka terhadap sesuatu perkara

“Benda ini serius boleh mencerminkan hati anda semua macam mana. Saya tak cakap yang saya baik.

“Kalau benda yang saya suka pasti akan puji tetapi kalau tidak, saya diam sahaja. Saya tak akan gigih nak buat komen yang negatif,” katanya lagi.

Janna juga turut memberikan amaran kepada netizen agar tidak merasa bangga dengan apa yang dilakukan kini. Baginya semua komen yang dibuat harus mempunyai batas.

“Tak perlu bangga dapat jadi pembuli siber terhebat. Saya tidak faham apa kejayaan anda apabila dapat mengecam seseorang. Rasa puas ke?” katanya.

Difahamkan, Janna akan tetap meneruskan membuat perkara yang dilakukan kini meskipun mendapat kecaman netizen, kerana baginya perkara tersebut akan membahagiakannya.

Bermakna, pelakon ini akan teruskan memuatnaik gambar ‘belanja’ pada masa akan datang la ya.

“Saya akan buat apa yang boleh buat saya gembira, hidup saya lagi penting daripada komen-komen negatif anda tu,” tulisnya.

Terdahulu, pelakon ini telah mendedahkan mengenai tahap kesihatan mentalnya yang mengalami penyakit bipolar, selain itu mengaku pernah membuat cubaan bunuh diri ketika berusia 14 dan 15 tahun.

Difahamkan, kesihatan mentalnya telah terjadi sejak dia berada di bangku sekolah lagi dan meninggalkan hingga ke hari ini.

Author

Share