MU kelab terakhir Ronaldo sebelum bersara?

CHRISTIANO Ronaldo muncul dalam sesi latihan pertama untuk Manchester United dengan penuh bergaya apabila bintang popular itu muncul dengan menaiki kereta Lamborghini bernilai 170,000 pound (RM972,000) dan sempat menunjukkan isyarat bagus kepada puluhan jurugambar yang menunggunya di luar pusat latihan di Carrington.

Nampaknya kepulangan semula Ronaldo ke Old Trafford pada hari terakhir perpindahan dengan bayaran 12 juta pound (RM69 juta) dari Juventus menyaksikan pelbagai reaksi daripada peminat seluruh dunia.

Dimana setelah 12 tahun meninggalkan Old Trafford untuk Real Madrid dan kemudian ke Juventus, kini dia kembali semula ke MU.

“Ia adalah keputusan terbaik yang pernah saya lakukan, satu permulaan baru, saya akan terus berjuang mencipta sejarah, menaikkan pencapaian MU dan menang pelbagai trofi,” katanya.

Penjaring terbanyak antarabangsa itu mungkin melakukan penampilan pertama selepas penyertaan kali kedua bersama Red Devils berdepan Magpies minggu ini atau menentang Young Boys pada Selasa bagi perlawanan pembukaan peringkat kumpulan di Liga Juara-Juara.

Dia juga berharap dapat menyempurnakan peluang pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer untuk meraih kejayaan di Liga Perdana musim ini.

Jadi, adakah Manchester United ini merupakan kelab terakhir bagi bintang bola sepak ternama ini sebelum dia bersara dari dunia bolasepak?

Hanya Ronaldo ada jawapannya.

Author

Share