Perihal Dirimu, Haikal Farid dan Weswey

PETALING JAYA : TikTok, destinasi utama untuk video pendek mudah alih telah mengorak langkah yang mengujakan dalam seleksi muziknya dengan melancarkan Perihal Dirimu, lagu asalnya yang pertama di Malaysia dan Indonesia. 

Lagu pop nyanyian pencipta muzik Haikal Farid dan Weswey serta hasil nukilan pencipta lagu terkemuka Malaysia, Aubrey Suwito dan penulis lirik hebat Ad Samad, merupakan lagu yang menyentuh hati berkisar mengenai menyayangi diri sendiri dan mencintai diri sebenar pasangan seseorang.

Perihal Dirimu adalah penulisan lagu yang pertama buat Suwito untuk platform ini dan karyanya sarat dengan penjiwaaan serta perasaan seperti mana yang dia kenali sepanjang kariernya. 

Terkenal dengan penulisannya dalam pelbagai lagu tempatan seperti ‘Gemilang’ dan ‘Menuju Puncak’. Dia menghasilkan Perihal Dirimu sebagai sebuah lagu yang ringan melodinya namun membangkitkan semangat dalam penerimaan diri sendiri untuk meniupkan kekuatan kepada pendengar yang terkesan akibat pandemik.

Lagu ini adalah kolaborasi antara TikTok dan label rakaman Rusa Music, yang menampilkan gaya muzik penuh perasaan daripada bakat baharu, Haikal Farid dan Weswey. 

Pendengar bakal dibuai dengan alunan harmoni oleh pasangan duo ini sambil diiringi petikan gitar akustik yang ceria, satu gabungan yang mengimbau muzik pop era 2000. 

Pelancaran ini menandakan kolaborasi pertama dua bakat muzik ini yang juga permulaan untuk lebih banyak lagi kerjasama dalam muzik serantau.

Penyanyi, Haikal Farid berkata, kerjasama ini adalah satu peluang yang besar dan saya amat terharu untuk menjadi sebahagian daripada projek yang luar biasa ini. 

“Saya terus jatuh cinta dengan lagu Perihal Dirimu ciptaan Aubrey sejurus mendengarnya buat kali pertama dan saya berbesar hati dapat merakamkan lagu yang menghidupkan semangat positif ini bersamanya. 

“Bukan itu sahaja, peluang ini juga membawa kepada kolaborasi hebat dengan King Weswey, dan kami berdua berharap lagu ini dapat menaikkan semangat mereka yang terkesan akibat pandemik agar kita dapat terus menjalani hari-hari mendatang dengan lebih baik.”

Pra-pelancaran Perihal Dirimu secara eksklusifnya telah disiarkan di TikTok pada 3 September, dan akan disiarkan di semua platform penstriman digital pada 10 September. Video lirik lagu tersebut juga akan disiarkan pada masa yang sama. 

Sempena meraikan pelancaran Perihal Dirimu, TikTok Malaysia dan TikTok Indonesia telah melancarkan cabaran tanda pagar #DuhaiGadisku pada 4 September 2021. 

Peminat dialu-alukan untuk berkongsi mesej positif bersama yang tersayang sambil diiringi alunan indah lagu Haikal Farid dan Weswey.

Muat turun atau layari aplikasi TikTok sekarang untuk mendengar Perihal Dirimu. TikTok boleh dimuat turun secara percuma di iOS dan Android melalui Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Author

Share