West patah tangan, Kim Kardashian alami detik cemas

LOS ANGELES : Bintang realiti kontroversi, Kim Kardashian berdepan detik cemas apabila anaknya, Saint West yang kini berusia lima tahun patah tangan. 

Berkongsi di Instagram Story mengenai insiden itu namun Kardashian tidak memperincikan butir lanjut bagaimana anaknya itu tercedera. 

“Siapa lagi yang mempunyai perasaan sama seperti saya? Saya berada dalam keadaan kurang okay kerana anak saya tercedera.

“Anak saya patah tangan pada beberapa bahagian dan berharap semuanya baik-baik saja,” luahnya.

Dalam gambar pertama yang dimuat naik, Saint kelihatan sedang duduk di kerusi roda dengan satu pek ais di tangannya.

Menerusi perkongsian seterunya, kelihatan tangan Saint berbalut dan Kardashian meluahkan rasa sedihnya atas apa yang berlaku kepada anak keduanya itu.

Selain Saint, Kardashian pernah yang berkahwin dengan penyanyi, Kanye West juga dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu North, 8, dan Chicago, 3.

Pada Februari lalu, Kardashian memfailkan perceraian terhadap West selepas tujuh tahun bersama.

Author

Share