Nama anak jadi ‘bahan’, Kareena luah rasa kecewa

MUMBAI : Bintang popular Bollywood, Kareena Kapoor meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir pihak yang menjadikan nama kedua orang anaknya sebagai bahan provokasi politik.

Isteri kepada Saif Ali Khan itu bersuara apabila apabila warganet meninggalkan komen berbaur provokasi terhadap dua anaknya, Taimur dan Jehangir yang dikatakan dinamakan sempena nama pemimpin bersikap diktator.

“Sejujurnya, kami sangat sukakan nama-nama ini dan tak ada sebab lain. Kedua-dua nama yang dipilih buat anak-anak kami adalah indah dan sangat comel.

“Saya bingung dan tak faham kenapa ada orang yang sanggup mengecam kanak-kanak. Saya rasa ini adalah sesuatu yang sangat tidak baik,” katanya.

Menerusi wawancara bersama media, aktres itu mengambil pendekatan untuk memandangkan positif situasi dan tidak mengambil peduli kecaman yang ditinggalkan netizen. 

“Saya perlu terus berikan tumpuan untuk melalui fasa ini. Saya tak boleh biarkan hidup saya diganggu oleh provokasi-provokasi sebegini,” katanya.

Terdahulu, suaminya, Saif juga turut diajukan soalan oleh media dan menjelaskan bahawa dunia bukanlah tempat yang adil untuk semua orang.

Nama anak sulungnya, Taimur diambil sempena nama pemimpin Empayar Timurid, Timur yang pernah menjajah Delhi pada 1398.

Anak keduanya, Jehangir pula dinamakan sempena nama Maharaja Jahangir dari kerajaan Moghul yang berkuasa pada 1605 hingga 

Author

Share