Kim Jong Kook derma 250,000 pada badan kebajikan

SEOUL : Bintang bertubuh sasa, Kim Jong Kook melunaskan janji untuk menyumbangkan sebahagian daripada hasil pendapatan yang diperoleh menerusi platform Youtube kepada dua buah hospital di Korea Selatan.

Pelakon yang popular menerusi program Runningman itu sebelum ini menyuarakan hasrat untuk berkongsi pendapatan yang diraih kepada badan kebajikan.

Daripada 250,000 yang diperoleh, dia menderma sebanyak RM175,000 kepada Samsung Medical Center, manakala selebihnya kepada Hyewon Medical Foundation’s Sejong General Hospital.

“Saya agak terlambat tetapi sudah pun menyalurkan derma itu seperti mana yang dijanjikan tempoh hari.

“Ini kerana derma itu dilakukan dengan bantuan sokongan dan dedikasi peminat. Semua itu sangat besar maknanya buat saya.

“Memandangkan saluran saya meraih kejayaan atas pertolongan orang ramai, semuanya akan lebih bermakna jika digunakan untuk kebaikan semua,” ujarnya.

Dia akui sedikit lewat mengotakan janjinya itu kerana berhati-hati dalam pemilihan institusi untuk proses saluran bantuan tersebut.

Jong-kook, 45, mula melancarkan saluran YouTube miliknya pada Jun lalu.

Video yang sering dimuat naik olehnya memberikan fokus kepada penjagaan kesihatan video senaman dan kini memiliki lebih daripada 2.13 juta pengikut.

Author

Share