[VIDEO] Benarkah Ali Puteh kuat cari pasal di media sosial?

PETALING JAYA: Pelawak dan pelakon komedi, Ali Puteh meluahkan rasa berang dan kesal terhadap netizen yang masih menuduhnya menggunakan harta peninggalan arwah abangnya iaitu Abam Bocey.

Insiden ini berlaku apabila Ali ada memuatnaikan gambar bersama isteri dan anaknya ketika berada di kebun miliknya yang berada di Gombak.

Menurut Ali, dia berasa sedikit ralat apabila masih ada lagi netizen yang kaitkan dia dengan kontroversi pergaduhan bersama kakak iparnya iaitu Siti Norhidayah meskipun setahun sudah berlalu.

“Bila saya terbaca komen dekat laman sosial, apa yang saya boleh katakan biadap lah, sebab menggunakan duit arwah buat kebun, yang meninggal tu abang saya

“Tuduh saya guna duit untuk usahakan kebun tu agak melampau la, sebab orang yang cakap tu pun bukan tinggal dengan saya

“Bila saya saja berjumpa, pelbagai alasan pula yang diberikan,” ujarnya pada Waaw.my.

Isteri kepada arwah Abam Bocey

Berang dan kesal dituduh sedemikian, Ali tampil membidas komen berkenaan dengan mengajak netizen terbabit untuk berjumpa dengannya.

Ekoran daripada perbuatan Ali tersebut, dia didakwa seakan bengis dan ‘gangster’ kerana sering ajak bergaduh serta mempunyai personaliti yang jauh berbeza berbanding di kaca tv.

“kita pun manusia biasa, pelawak di atas pentas itu kerjaya saya

“pelawak lain pun kalau netizen jumpa di luar, bukan 24 jam mereka akan melawak,

“macam saya, buat apa saya nak jadi orang lain, dan kalau tanya selebriti lain pun, mereka pasti akan marah

“saya ni pula kena bertubi-tubi, sampai ada dakwaan kata saya ‘koyak’, ni bukan ‘koyak’ dah, kalau jumpa depan-depan memang saya akan lantun kot,” ujarnya lagi pada Waaw.my.

Arwah Abam bersama isterinya Hidayah

Isu kontorversi yang melibatkan harta pusaka ini, membuatkan hubungannya bersama kakak iparnya Hidayah masih lagi tegang hingga kini.

“Siapa yang nak bergaduh dan nak memutuskan silaturahim, atau sampai saman menyaman, saya tak pernah nak berurusan hingga ke mahkamah

“Tapi bila saya dah masuk ke dalam perbicaraan itu, baru saya tahu mereka akan mencari punca perbahalahan ini hingga ke akar umbi,” katanya pada Waaw.my.

Menurut Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, keinginannya untuk melihat hubungan kembali pulih dilihat semakin tipis, kerana pihak Hidayah didakwa enggan sepakat dengannya.

“Saya tak nak heret orang dalam mahkamah, tapi orang yang heret saya dalam mahkamah, maknanya tak nak berbincang elok-elok, nak serahkan kepada orang lain yang selesaikan, tak apalah saya ikut je,” luah Ali Puteh.

Difahamkan, kesan daripada kontroversi ini telah meninggalkan impak yang besar buat kerjayanya kerana beberapa tawaran terpaksa dibatalkan oleh sesetengah stesyen TV sebelum ini.

“Masa saya menang Maharajalawak Mega dulu tu, kita ada kontrak untuk dibuat, ada filem, telemovie, persembahan namun telah dibatalkan serta merta

Sselain itu, ada acara di masjid yang memerlukan khidmat saya pun terpaksa dibatalkan, sebab takut berlaku perkara yang tidak diingini,” perkongsian Ali.

Bagi menyelesaikan isu salah faham yang terjadi, Ali menyeru kepada semua netizen agar tidak menyebarkan sebarang tuduhan berbaur fitnah terhadapnya, malah Ali juga tidak keberatan untuk berjumpa bagi memperjelaskan isu ini.

“Semua masyarakat atau netizen diluar sana, tolong berhenti menyebarkan fitnah terhadap saya

“Sekiranya perlu keterangan daripada saya atau rasa tidak berpuas hati, saya mengalu-alukan untuk berjumpa dengan saya, sebab saya tak nak bermusuh

“Bukannya saya ajak berjumpa tu untuk ajak bergaduh, tapi saya nak tahu apa punca anda bercakap sedemikian dan saya akan jelaskan semuanya,” katanya lagi.

Author

Share