Malas ke nak turun bawah ambil makanan? Lain kali tak perlu pesan, pergi beli sendiri – Rider

PETALING JAYA: Isu penghantar makanan berkelakuan biadap dan culas melengkapkan penghantaran makanan nampaknya sering menjadi buah mulut pengguna ketika ini.

Menurut perkongsian yang dibuat oleh seorang individu bernama Atok Loni di Facebook, dia telah berkongsikan kisah dimana rider berkenaan telah menghantar pesanan ringkas kepada penerima makanan dengan menggelarkan sebagai pemalas.

Gambar sekadar hiasan

“Seorang kawan saya hantar cetakan skrin ni. Katanya dihantar oleh seorang ‘rider’ makanan yang hantar makanan kepadanya yang bekerja di tingkat 2.

“Malas ke nak turun bawah ambil makanan?, awak lain kali tak perlu pesan, pergi beli sendiri je

“Kerja kita hantar sampai lokasi je, bukan nak hiding makanan untuk awak, terima kasih,” kata penghantar makanan tersebut.

Menurut individu berkenaan, hal ini pertama kali berlaku terhadap dirinya kerana sebelum ini dia belum pernah menerima pesanan sedemikian.

“Katanya ada je ‘rider’ yang tak nak naik, tapi mereka akan buat panggilan minta dia turun dan dia akan turun

“Tapi ‘rider’ ni tak ada membuat panggilan cuma mesej maklumkan bahawa dia dalam perjalanan,” kata Atok Loni

Difahamkan, tujuan dia berkongsikan kisah ini untuk mendapatkan kepastian dan penjelasan berkenaan kejadian yang berlaku terhadapnya.

“Tujuan kawan saya hantar cetakan ni kepada saya ialah dia nak tanya, kalau dia buat laporan mengenai ‘rider’ ni, adakah dia dikira tabur pasir di periuk nasi orang lain?

“Saya jawab, kerja itu amanah. Walau apa pun kerjanya. Andai tak mampu memikul sesuatu amanah sesuatu kerja itu, carilah kerja lain. Jangan ditarik orang lain menjadi mangsa

“Pasal tabur pasir dalam periuk nasi org lain, nampaknya seperti ‘rider’ tersebut yang dah tabur pasir ke dalam periuk nasi beliau sendiri,” ujarnya.

Menurut Atok Loni, dia juga pernah melalui situasi yang sama apabila pernah diherdik oleh salah seorang ‘rider’ kerana terlambat menjawab panggilan daripadanya.

“Saya pernah diherdik oleh seorang ‘rider kurier’ sebab lambat hubungi mereka untuk ambil dokumen


“Katanya dia sudah pergi ke kawasan lain namun terpaksa patah balik untuk ambil dokumen saya.

“Saya maklumkan dia, perjanjian saya dengan pihak pejabatnya adalah untuk hubungi sebelum pukul 4 petang. Sebab dokumen undang-undang tak menentu, ada masa hujung-hujung baru siap.

“Setelah disetujui oleh pihak kurier tersebut, barulah kami setuju menggunakan khidmat kurier tersebut


“Dan sekarang kami hubungi pukul 3.30 petang, ‘rider’ tengking kami sebab lambat hubungi, katanya kami dah susahkan dia. Siap kata kalau 10 pelanggan macam ni, dia akan mati dekat tengah jalan

“Bila saya maklumkan bahawa hari tu pihaknya dah setuju bahawa kami akan hubungi selewat-lewatnya pukul 4

“Kata ‘rider’ tersebut, “Itu orang ‘sale’ yang cakap, bukan saya. Dan bukan orang ‘sale’ yang ambil barang tapi kami,” luahan Atok Loni.

Ekoran itu, individu berkenaan telah menghubungi pejabat urusan bagi mengajukan persoalan berkaitan kes ini dan menyelesaikan segala kesulitan yang telah berlaku.

“Seterusnya saya hubungi pihak pejabatnya semula untuk menanyakan hal ini, adakah perjanjian dulu dah tak pakai? Lalu pihak pejabat kurier tersebut telah bagi notis amaran kepada rider tersebut.

“sekali lagi telah mengherdik saya, “Inilah orang melayu, suka tabur pasir kat periuk nasi orang lain”. Mungkin marah kerana saya mengadu tentang hal itu kepada pihak atasannya,”tulis atok loni.

Gambar sekadar hiasan

Dalam setiap pekerjaan, pasti ada amanah yang perlu dijaga. Melempiaskan rasa yang tidak berpuas hati seharusnya melalui pihak yang sepatutnya.

Andai rasa susah, ingatlah ada lagi insan yang lebih susah. Setiap atur cara boleh diselesaikan dengan baik, tidak perlu memerli, menengking dan mengherdik orang lain yang tiada dalam amanah pekerjaan.

Jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar, ramai je ‘rider’ yang baik hati, cakap elok-elok. Sebab dia tahu apa itu amanah dan adab,”perkongsian atok loni.

Sumber: Facebook Atok Loni.

Author

Share