Betul la orang kata, duit tidak boleh beli otak – Netizen

PETALING JAYA: Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi telah menimbulkan kontroversi serta telah menaikkan amarah netizen di media sosial.

Perkara ini terjadi kerana, Aliff ada memuat naik video parodi bersama isterinya iaitu Datin Nur Shahidah di aplikasi Tik Tok baru ini.

Difahamkan video parodi yang berdurasi 27 saat itu didakwa telah menyentuh isu sensitif, apabila dia melakonkan semula kejadian sewaktu berlakunya peperangan di Palestin.

Disebabkan lakonan itu, dia telah dikecam hebat oleh netizen kerana tidak menghormati serta mempersendakan negara dan rakyat Palestin yang sedang menderita.

Dalam video berkenaan, Aliff turut menulis kapsyen seperti “Inilah keadaan di Palestin.. Inilah hero penyelamat negara,” tulisnya dalam perkongsian video berkenaan.

Menerusi hantaran yang lain di Instagramnya, dia turut bertanyakan adakah dia berkelayakan untuk menyandang jawatan Menteri Pertahanan Malaysia.

“Adakah saya layak menjadi menteri pertahanan Malaysia?,” katanya.

@datoterlajaklaris

♬ original sound – Terlajaklaris

Menjengah di ruangan komen di hantaran itu, rata-rata netizen kurang senang dengan perkongsian video tersebut malah ada yang menyelarnya.

“Tolong hormat warga Palestin, jangan nak buat content lawak macam ini

“Betul la orang kata, duit tidak boleh beli otak

“Orang dekat sana menderita, ni hang buat lawak pula,” antara netizen yang menyelarnya.

Author

Share