Kau rasa tak sakit mata ke orang tengok? – Ara Johari

PETALING JAYA : Penyanyi, Ara Johari meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir pihak yang kurang bermoral dan tidak bertanggungjawab kerana membuat sampah di kawasan rekreasi.

Kebenaran kerajaan memberikan kelonggaran melakukan aktiviti riadah dan rekreasi kepada individu yang sudah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 bagaimanapun disalah guna oleh segelintir pihak. 

“Anda yang ingin pergi berkhemah atau mendaki gunung di sekitar kawasan air terjun, tolong pastikan selepas makan atau minum sila buang sampah turun ke bawah balik atau buang ke tempat sepatutnya.

“Kalau tidak pun, bakar sampah itu sebelum gerak. Macam mana hendak jaga alam sekitar kalau ada lagi jenis manusia yang tiada sivik begini. Aku geramlah, kita ni nak hiking dan camping sebab nak tengok keindahan alam sekeliling dan nak hirup udara segar.

“Tapi kalau sampah buang merata, kau rasa tak sakit mata ke orang tengok? Kau ingat dekat atas tu ada cleaner (pekerja pembersihan) ke nak kemaskan untuk kau?

“Tolonglah jadi rakyat Malaysia yang berguna, jangan jadi sampah!” katanya menerusi ruangan Instastory.

Malah, penyanyi lagu Bunga ini menasihati masyarakat Malaysia supaya menjadi individu bertanggungjawab dan tidak hanya mementingkan diri.

Author

Share