Adam Corrie dicabar paksa orang masuk Islam ?

PETALING JAYA: Pelakon, Adam Corrie memberitahu bahawa dia pernah dimarahi oleh individu bukan beragama Islam di media sosialnya.

Insiden ini berlaku apabila Adam sering menyebarkan kebenaran mengenai agama Islam kepada individu beragama lain lalu telah mencetuskan rasa kurang senang sesetengah pihak dengan tindakannya itu.

Difahamkan, indivdu berkenaan berang kerana dia mendakwa Adam seakan memaksanya untuk memeluk agama Islam.

“Hoi, cuba kau paksa saya dulu tukar agama Islam, bukan main kau ya,” tulis individu berkenaan.

Melihat pesanan yang ditaip oleh individu berkenaan, pelakon ini tampil menjelaskan tujuan sebenarnya adalah untuk mengajak melakukan perkara kebaikan dan bukan paksaan seperti yang diperkatakan.

Menurut Adam, kebanyakan individu bukan beragama Islam telah kagum melihat personaliti dirinya kini sehingga menarik ramai orang untuk memeluk agama Islam.

“Sila jaga adab ketika komen, tunjukkan akhlak yang baik


“Ini bukan luahan hati. Ini untuk pengetahuan secara umum yang berniat untuk kembali kepada fitrah,” ujar Adam Corrie.

“Cara-cara untuk syahadah ramai yang malu-malu nak bertanya. Tiada paksaan kepada sesiapa sahaja untuk kembali kepada fitrah. Semua terpulang kepada empunya diri.

“Hidayah itu milik Allah. Saya hanya boleh menceritakan keindahan Islam. Itu sahaja,” luah Adam Corrie.

Tambah Adam lagi, ramai yang bertanyakan bagaimana dia mengislamkan saudara baru yang ingin memeluk agama Islam.

Dia juga memberitahu majoriti yang bertanya, rata-ratanya bukan daripada kenalan rapat.

“Ada yang tertanya-tanya bagaimana saya boleh syahadahkan ramai orang. Kebanyakan yang saya syahadahkan adalah orang yang saya tak kenal. Tak pernah jumpa

“Mereka yang datang jumpa saya, DM/PM saya menyatakan hasrat untuk syahadah,” tulisnya.

Tiada istilah paksaan, itulah yang dikatakan oleh pelakon ini sebelum memimpin saudara baru untuk memeluk agama Islam.

Sebelum melakukan proses tersebut, dia perlu memastikan indivdu berkenaan telah bersedia untuk bergelar sebagai orang Islam dengan mengajukan beberapa soalan.

“Ketika hari saya hendak syahadahkan mereka. Memang menjadi perkara yang wajib saya bertanya

“Kenapa ingin memeluk Islam?, bertanya latar belakang mereka, adakah sebarang paksaan dari sesiapa untuk memeluk Islam?, jika tiada sebarang paksaan baru saya akan memimpin mereka syahadah,” luahannya.

Adam juga berkongsikan beberapa proses yang perlu dilakukan oleh saudara baru itu sebelum memeluk agama Islam.

“Jika ada yang seseorang memaksa memeluk Islam itu adalah perkara yang tidak bermoral

“Ada yang bertanya perlu bayaran ke nak masuk Islam? Tiada bayaran. Hanya bawa diri dan hati yang tulus cintakan Islam itu sahaja

  • “Untuk pendaftaran Islam hanya ambil gambar dua keping dan salinan kad pengenalan, itu sahaja

“Lepas mengucapkan dua kalimah Syahadah. Saya akan mencadangkan saudara untuk mengikuti kelas agama di majlis agama islam negeri masing-masing bagi mendalami Islam,” perkongsiannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah.

Maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 256)

Adam juga berkata, untuk mendapatkan hati yang tenang, kena selalu bersangka baik serta memberikan senyuman yang manis dalam apa jua keadaan sekali pun.

“Senyum selalu. selalu bersangka baik, InsyaAllah hati tenang,” katanya.

Terdahulu, Adam telah memeluk Islam pada tahun 2007 dan telah mendapat petunjuk menerusi mimpi sebaik terjaga daripada tidur ketika azan Subuh sedang berkumandang.

Author

Share