Fizz Fairuz serah diri di hospital?

PETALING JAYA : Pelakon Datin Almy Nadia menjelaskan, suaminya, Datuk Fizz Fairuz dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah gastrik.

Almy menjelaskan, suaminya sedang mempersiapkan diri sebelum memulakan penggambaran namun tidak menyangka penurunan badan itu disebabkan masalah kesihatan. 

“Dia cakap dia gemuk kerana telah mencapai berat 84 kilogram, oleh itu dia hendak kurus sebelum memulakan penggambaran. Dan sekarang Allah memakbulkan niatnya hendak kurus. 

“Kini dia berjaya menurunkan enam kilogram daripada berat sebenar. Namun penurunan berat badan itu disebabkan oleh masalah kesihatan bukan kerana diet,” kata Almy.

Akibat mahu menurunkan berat badan sebagai persediaan sebelum memasuki set penggambaran, Fizz akhirnya tewas gara-gara cara pemakanan yang salah.

Perkara itu juga membuatkan berat badan pelakon filem Munafik itu susut enam kilogram.

“Hari ini sekali lagi, Fizz dipaksa oleh saya untuk datang ke hospital bagi melakukan acara serah diri. Doktor menjelaskan gara-gara makan tidak betul selama dua minggu, masalah asid berlebihan dalam perut.

“Semoga semua mendoakan ‘my boy’ supaya cepat sembuh. Apa pun, saya akan sentiasa ada untuk awak okay sayang. Apa jua yang terjadi, saya akan ada untuk awak,” Almy.

Author

Share