Nora dan keluarga bercuti ke Langkawi mengikut SOP

PETALING JAYA : Pelakon, Nora Danish bersama keluarganya meluangkan masa bersama bercuti ke Langkawi, Kedah pagi tadi.

Nora bersama suaminya, Mohamad Nedim Nazri serta anak-anak mereka mengakui berdebar dan paranoid untuk menaiki pesawat gara-gara virus COVID-19.

“Setelah sekian lama tidak terbang menaiki kapal terbang, tidak dinafikan sememangnya kami berdebar dan paranoid.

“Namun apa yang penting, kami sudah mengikuti prosedur yang ditetapkan iaitu ujian pantas (RTK), surat doktor, pelitup muka dan semuanya yang diperlukan,” ujar Nedim atau lebih mesra dengan sapaan Bossned.

Namun Bossned turut berkongsi beberapa persediaan yang perlu dilakukan sebelum bercuti.

Berkongsi kegembiraannya, Nora memuat naik foto dan video perjalanan mereka di akaun Instagram miliknya.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan bermula 16 September ini Langkawi sudah boleh dikunjungi pelancong domestik yang memenuhi kriteria SOP dari seluruh negara, termasuk dari negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

Walaubagaimanapun, kebenaran ini tidak terpakai kepada mereka yang sedang berada di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Author

Share