Isteri beri kejutan istimewa sewaktu sambutan hari jadi ke 35 Alam Wakaka

PETALING JAYA: Setelah 6 bulan mendirikan rumah tangga, penari Alam Wakaka, 35, dikejutkan dengan khabar gembira apabila isterinya Nurul Alisya Najwa Hazwan, 20, telah disahkan hamil anak sulungnya.

Difahamkan, Alam Wakaka atau nama sebenarnya Muhammad Haslam Abdul Rahman telah diberikan kejutan khabar gembira ini ketika sedang menyambut majlis hari ulang tahunnya ke 35 di rumah.

Isterinya telah membuat kejutan pada hari lahir dengan memberikan kejutan bahawa dia bakal bergelar bapa.

Alam akui terkejut ketika menerima kejutan ini dan baginya ia merupakan hadiah terindah dalam hidupnya kini.

Usia kandungan isterinya kini baru saja mencecah usia sebulan.

“Hadiah terindah 35 tahun, alhamdulillah terima kasih ya allah, terima kasih isteriku @alisyanajwaa


“Terima kasih mak abah ibu ayah Belle, Alif, Shahrul, Afiq, long, aniq, satar, aintika, bibik, boy kerana menyediakan kejutan yang sangat indah


“Terima kasih ahli keluargaku, terima kasih sabahatku semua,” tulis Alam.

Menjengah diruangan komen, rata-rata menzahirkan ucapan tahniah buat Alam dan isternya Alisya.

“Tahniah dan selamat hari jadi abang Alam

“Alhamdulillah, tahniah Alam, semoga segala dipermudahkan

“Tahniah abang Alam, lepas ni dah boleh tengok Alam kecil menari,” komen netizen.

Tahniah Waaw.my ucapkan buat Alam dan Alisya semoga semuanya dipermudahkan dan selamat melahirkan anak sulung ini.

Author

Share