Peminat terkejut lihat Daiyan Trisha bertudung?

PETALING JAYA: Penyanyi, Daiyan Trisha telah kejutkan peminatnya di Instagram apabila telah mengayakan imej baharu.

Imej yang dimaksudkan adalah, Daiyan telah tampil berhijab dengan memakai tudung berwarna coklat cerah yang dilihat manis.

Jika dahulu, penyanyi ini sering mendapat perhatian ekoran sering memuatnaik gambar yang didakwa seksi, tapi kini sekali lagi dia telah mencuri perhatian netizen menerusi perkongsian gambar bertudung ini.

Daiyan yang turut menulis kapsyen “Bismillah, assalamualaikum,”.

Melihat perkongsian yang dibuat oleh Daiyan, ia telah menimbulkan persoalan adakah dia akan kekal bertudung atau hanya sementara.

Menjengah diruangan komen Instagramnya, rata-rata pengikutnya terkejut dengan imej baharunya ini malah ada juga yang memberikan ucapan tahniah buat penghijrahanya ini.

“Walaikumsalam, masyaallah cantiknya Daiyan pakai tudung

“Serius nampak lawa kalau berhijab

“Semoga istiqomah menutup aurat,” komen netizen.

Semoga Daiyan Trisha kekal istiqomah dalam mengayakan imej baharu ini dan mendapat hidayah.

Author

Share