Perkenalan di Instagram, satukan Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin

PETALING JAYA : “Alhamdulillah…Dengan izin Allah SWT, kami selamat diijabkabul dengan sekali lafaz. Terima kasih untuk doa daripada keluarga, sahabat dan anda semua.

“Semoga Allah memberkati kita semua. Maafkan salah silap kami, segala kekurangan, kami turut mendoakan yang terbaik buat anda semua”.

Demikian ucapan ringkas, penyanyi Zizi Kirana, 36, selepas selamat bergelar isteri kepada pelakon, Yusof Bahrin,29, pada majlis serba ringkas sekitar jam 10.30 pagi tadi.

Pasangan selebriti itu selamat diijabkabul di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. 

Zizi menerima mas kahwin sebanyak RM300, cincin berlian dan senaskhah Al-Quran.

Pasangan pengantin menggayakan busana songket berona hitam rekaan Shanell Harun. Wajah Zizi mendapat sentuhan Datuk Alha Alfa manakala Yusuf ditatarias oleh Chomell.

Terdahulu anak kelahiran Selangor ini dikhabarkan akan menamatkan zaman bujangnya dengan penyanyi kelahiran Sabah, Zizi Kirana apabila ada sumber mengesahkan mereka sudah menghantar dokumen ke pejabat agama untuk urusan nikah.

Hubungan cinta mereka pertama kali dihidu selepas tular video rakaman Yusuf memanggil Zizi dengan panggilan ‘Sayang’ ketika mengadakan sesi IG Live pada beberapa minggu lalu.

Pelantun lagu Eh tersebut sebelum ini mengaku mula akrab dengan Yusuf sekitar dua bulan lalu melalui laman Instagram.

Namun, Zizi, 36, sudah mengenali pelakon yang berusia 7 tahun lebih muda daripadanya itu sewaktu sama sama menjayakan program All Together dan enggan melabelkan atau berharap terhadap hubungan baik mereka.

Author

Share