Bakal dibedah petang ini, Ayda Jebat mohon doa semua

PETALING JAYA : Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat memohon doa orang ramai kelancaran proses melahirkan cahaya mata sulung yang dijadualkan lahir pada petang ini.

Sedang menanti hari untuk bergelar ibu, Ayda turut memohon maaf sekiranya dia ada melakukan salah silap sepanjang tempoh perkenalan. 

“Assalamualaikum semua. InsyaAllah..baby wuvv akan keluar petang ini. Seminggu lebih awal dari tarikh bersalin mengikut perancangan awal.

“Saya memohon maaf kalau ada salah dan silap. Doakan saya dan bayi sihat serta selamat. Amin,” kata Ayda.

Memilih kaedah pembedahan untuk melahirkan anak sulungnya itu, penyanyi lagu Pencuri Hati dan Temberang itu memaklumkan, dia memutuskan kaedah sejak sebelum mendirikan rumah tangga lagi.

Menerusi paparan yang sama, Ayda turut memaklumkan berat badannya kini naik 8 kilogram.

Berkongsi perkembangan tersebut menerusi satu hantaran di Instagram beberapa hari lalu, penganyi lagu Mata ini turut bertanya buat bakal ibu bersalin hal yang sama.

“Berat badan saya bertamnbah dari 46 kilogram kepada 54 kilogram. Bagaimana dengan ibu-ibu di luar sana?” kongsi Ayda.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail pada 1 Januari lalu.

Author

Share